Sunday, 23 November 2014

‘Utan Kayu markas lahir gerila anwar?’





Satu pendedahan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat. Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat. Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka. 



 
Menurut pendedahan itu, Anwar telah merekrut ramai anak muda, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan. Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang. Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan. 
Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja. Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.
Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia. 







Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif. Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama. 

Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas. Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar. Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi. 


Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana. Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT. Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation. Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.
Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US State Department’s International Women of Courage kerana membela LGBT. Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.

Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.

Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka” (al baqarah ayat 120). Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata. Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.


KENAPA DAP BERIYA-IYA MAHU HAPUSKAN AKTA HASUTAN


Thursday, 20 November 2014

DAP KOMUNIS?


LGE BINA RUMAH HANTU DI PULAU PINANG????


Laporan online The Malaysian Insider bertarikh 14 November 2014 yang bertajuk “As profits rise, Penang spends more on its people” adalah kenyataan LGE yang nyata satu PEMBOHONGAN dan PENIPUAN besar terhadap masyarakat Malaysia.

Penipuan 1:

Kenyataan oleh Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider sebagai berkata “tuduhan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah untuk menjana pendapatan tidak benar” Jika begitu keadaanya, dia harus menjelaskan kepada rakyat dari mana datangnya wang untuk dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri yang meningkat sebanyak empat kali ganda? Adakah hasil daripada  cukai taksiran yang dikenakan kepada rakyat???

Malah kenyataan beliau juga bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012 dengan jelasnya menyatakan bahawa Perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM540 juta pada tahun 2012. Hasil tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM371 juta pada tahun 2008 kepada RM654 juta pada tahun 2012. Namun hakikatnya, hasil cukai hanya meningkat sedikit sahaja daripada RM110 juta pada tahun 2008 kepada RM116 juta pada tahun 2012.

Ini jelas bahawa pertumbuhan hasil cukai tahunan adalah rendah sedangkan perbelanjaan kerajaan negeri setiap tahun bertambah dua kali ganda. Persoalannya ialah bagaimana kerajaan negeri menguruskan negeri tanpa mengalami defisit dalam bajet? Jawapannya mudah iaitu melalui hasil bukan cukai.

Dalam jadual 4.13, Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” telah meningkat 10 kali ganda iaitu RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM206 juta pada tahun 2012. Malah, Jadual 4.14 pula menjelaskan berlakunya peningkatan pendapatan kerajaan negeri antara tahun 2011 dan 2012 melalui Premium Tanah iaitu penjualan tanah di Bayan Mutiara melibatkan RM110 juta yang merupakan sebahagian daripadanya ialah pembayaran jualan tanah bernilai RM1.07 bilion yang dilakukan pada awal tahun 2012.

Maka ini menyimpulkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat masa kini adalah bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.


Penipuan 2:

Kenyataan Lim Guan Eng juga dalam portal berita yang sama bahawasanya “Sejak tahun 2008, negeri ini tidak pernah melupuskan mana-mana lot yang besar milik kerajaan negeri kepada sektor swasta. Tanah yang telah dilupuskan adalah terpencil dan merupakan tanah kediaman untuk Kampung-Kampung Baru, Lim berkata PR hanya menjual 1.1 ekar tanah di Jalan Zainal Abidin (RM10.2 juta) dan 102 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM1.1 bilion) sejak mengambil alih pentadbiran negeri (Since 2008, the state did not dispose of any large lots belonging to the state to the private sector. Lots that were disposed of were only secluded ones and residential land for new villages, Lim said PR had only sold 1.1 acres on Jalan Zainal Abidin (RM10.2 million) and 102 acres in Bayan Mutiara (RM1.1 billion) since taking over the state administration.)

Laporan Bernama bertarikh 11 November 2011 melaporkan tanah di Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Manakala laporan The Malaymail Online bertarikh 11 Oktober 2013 pula melaporkan tanah di Batu Kawan dijual kepada PE Land dengan nilai RM65.34 juta. Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri bertarikh 12 Januari 2014 melibatkan penjualan tanah juga di Batu Kawan kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) yang bernilai RM484 juta turut dirujuk. Laporan The Star bertarikh 26 Mac 2014 pula melaporkan penjualan tanah di Batu Kawan kepada Paramount Group yang bernilai RM67 juta serta laporan The Star bertarikh 15 September 2014 pula melaporkan penjualan tanah kepada syarikat Eco World yang bernilai RM1.02 bilion.

Bagaimana seorang Ketua Menteri dengan begitu mudah lupa akan fakta-fakta penjualan tanah ini dan tidak disebutkan langsung dalam kenyataannya?



Penipuan 3:

Kenyataan seterus yang dibuat oleh Lim Guan Eng ialah PDC menjual tanah kepada pemaju swasta untuk tujuan tertentu. Tanah tersebut dijual adalah untuk tujuan awam,”Kami menjual tanah itu kepada Aspen kerana kita mahu membawa (perabot kedai runcit) Ikea ke Pulau Pinang.” (Lim earlier said at a press conference that PDC sold land to private developers for specific purposes. he lands sold were for public purposes” “We sold the land to Aspen because we want to bring (furniture retail outlet) Ikea to Penang.)

Tanah yang dijual kepada syarikat Aspen adalah berskala besar iaitu melibatkan 245 ekar tanah. Apakah Ikea bercadang untuk membina dan membuka gedung jualan perabut terbesar di dunia bertempat di Pulau Pinang?


Penipuan 4:

Dan kenyataan beliau mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika dibawah Barisan Nasional telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai sebanyak RM1.058 bilion sedangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah PR pula hanya menjual 103.1 ekar tetapi pulangan yang lebih tinggi iaitu RM1.11 bilion (BN had sold at least 3,661 acres for RM1.058 billion over the years while PR only sold 103.1 acres. However, we got higher returns at RM1.11 billion.)

Saya memetik kenyataan Lim Guan Eng yang disiarkan dalam www.fz.com bertarikh 28 Jun 2014 mengenai senarai tanah yang dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Barisan Nasional ialah 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) pada RM1 setiap kaki persegi, 325 ekar tanah di Jelutong Expressway pada RM20 setiap kaki persegi, 750 ekar di Batu Kawan pada RM3.24 setiap kaki persegi dan 1,606 ekar tanah di Butterworth pada RM8.40 setiap kaki persegi. Kecuali tanah di Batu kawan, kesemua isu yang dinyatakan oleh beliau merupakan perjanjian penambakan tanah dan bukannya penjualan tanah.

Perjanjian melibatkan 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) telah ditandatangani pada tahun 1990 dan hakikatnya ia adalah projek penambakan yang telah dianugerahkan 15 tahun yang lalu dan harga RM1 adalah hak untuk menuntut semula tanah yang ditambak dan pemaju masih perlu membayar premium tanah serta memulangkan semula 10% tanah yang ditambak kepada kerajaan negeri secara percuma.

Situasi yang sama juga berlaku dalam isu 325 ekar tanah di Jelutong Expressway yang pada asalnya bukan tanah tetapi ditambak oleh pemaju. Perjanjian ini ditandatangani pada tahun 1997 dan pemaju telah diberi hak untuk menuntut semula 325 ekar tanah sebagai pertukaran untuk membina Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dengan bayaran RM25.4 juta.

Manakala perjanjian melibatkan 750 ekar tanah di Batu Kawan pula ditandatangani pada tahun 2004 bagi memudahkan urusan pemindahan Penang Turf Club ke Batu Kawan. Pemaju sepatutnya membina pusat ekuestrian baru tanpa sebarang kos bagi pihak Penang Turf Club tetapi projek tersebut dibatalkan. Berdasarkan kenyataan di laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertarikh 5 April 2011 menyatakan bahawa Parcel 1, 2A, 2B 3A, 3B yang berukuran 450 ekar tanah dan diperuntukkan untuk pembangunan industri dan bukan untuk pembangunan kediaman atau komersial yang menguntungkan.

Sementara parcel 1 dan 2A (150 ekar tanah) telah ditandatangani pada 16 Januari 2004 manakala Parcel 2B, 3A dan 3B (300 ekar tanah) telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng sendiri pada 5 Apr 2011 dengan harga RM 3 setiap kaki persegi. Maka jelas bahawa hanya 150 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan BN pada tahun 2004 dan dijual pada harga RM3.24 setiap kaki persegi sedangkan 300 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan DAP pada tahun 2011.

Nilai pasaran bagi tanah di Batu Kawan pada tahun 2011 adalah hanya RM15 setiap kaki persegi dan kini nilainya lebih tinggi selepas.