Sunday, 30 March 2014

BILA SYAITOON BERCAKAP....???




Kedua-dua mahluk ini tak sedar mereka dulunya menumpang, kini dah mula tunjuk belang nak gigit tuan tanah yg mereka dulu merayu , melutut minta belas kasihan.....Ahli Majlis Perbandaran MPSP dan Naib Ketua Pemuda DAP Satees Muniandy , Penolong Khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , menyeru orang ramai supaya berhenti berdoa dan mula cari pasal ??

Thursday, 27 March 2014

SAH: LANGKAH KAJANG MUNGKIN AKAN BERUBAH - PRESIDEN PKR


 
Post Pic
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelan 'Langkah Kajang' yang dikatakan misi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor mungkin akan melalui beberapa 'perubahan'. Azizah berkata tumpuannya buat masa ini adalah menggalas tugas sebagai ADUN Kajang yang baharu dan enggan mengulas lanjut spekulasi bahawa beliau akan di calonkan untuk menggantikan Khalid.
 
Sebaik sahaja bekas wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya secara mengejut 27 Januari lalu, PKR menamakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang. Serentak itu, PKR melancarkan misi Langkah Kajang bagi menamakan Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.Namun misi itu tergendala apabila Anwar hilang kelayakan bertanding selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, aiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Anwar kemudiannya menamakan Azizah sebagai penggantinya dan matlamat Langkah Kajang mula dipersoalkan.
 
"Tukar menteri besar sebahagian dari 'Langkah Kajang', tapi itu semasa (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi calon. Mungkin akan ada beberapa perubahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi, di sini, hari ini. Namun tidak menolak kemungkinan `dia' tetap akan menjadi penganti MB sekarang.
 
"Saya tak berapa fikir jawatan yang saya ada. Pagi ini saya datang sebagai ADUN Kajang. Saya tak mahu buat spekualasi. Sukar untuk saya sepkulasikan isu ini," katanya. Azizah pada 23 Mac lalu memenangi PRK Kajang apabila mengalahkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. Biarpun kalah, Chew berjaya mengurangkan majoriti Azizah berbanding pilihan raya sebelumnya yang mencatat 6,824 undi. Azizah dalam pada itu berkata beliau buat masa ini akan menjadi kan DUN Kajang sebagai keutamaan dan belum memutuskan samaada mahu mempertahankan kerusi Presiden PKR atau tidak. "Saya akan fokus Kajang buat masa ini," ujarnya. Bagaimanapun, beliau akan mempertahankan kerusi itu jika Anwar tidak dibenarkan bertanding.
 
"Kalau Anwar tidak dibenarkan bertanding Presiden, saya akan pertahankan kerusi itu, tapi saya akan tanya ahli sama ada mereka setuju," jelasnya. Reaksi Azizah itu jelas memperlihatkan beliau sekali lagi mahu memberi laluan kepada suaminya itu untuk kesekian kalinya. Pada 2008, Azizah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar selepas suaminya itu dibebaskan dari penjara. Anwar pada 1999 dihukum penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan ABu Bakar. Beliau bagaimanapun dibebaskan pada tahun 2004, apabila Mahkamah Persekutuan mengugurkan kes itu kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh.
 
PRK dijangka akan mengadakan proses pimilihan parti pada Mei depan. Anwar sebelum ini membayangkan beliau akan bertanding jawatan presiden parti memandangkan 'Azizah ingin bersara dan meluangkan masa dengan cucunya di rumah'.
 

Tuesday, 25 March 2014

PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN


PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya:
1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.
2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.
3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.
4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?
5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.
6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang?
7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.
Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.
Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.

Sunday, 23 March 2014

Kangkung" buktikan orang Melayu PR itu bodoh ??



"Kangkung" satu lagi agenda dari pihak DAP untuk memperlekehkan YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Kerana "kangkung" itu lah juga orang Melayu sendiri bertindak memperlekehkan sesama bangsa. "Kangkung" satu fenomena baru yang di cetuskan oleh DAP.

Saya melihat gelagat gelagat pihak pihak Pakatan Rakyat yang memperlekehkan YAB PM Dato Sri Najib Tun Razak sejak beliau memberikan contoh tentang penurunan harga barangan semasa. "Kangkung" dijadikan contoh dan pihak pihak Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan Najib Razak terus memperlekehkan usaha beliau dalam menjelaskan kepada rakyat bahawa setiap isu kenaikkan harga barangan bukan semuanya terletak dan diputuskan oleh kerajaan sebaliknya para peniaga, pemborong yang selalunya memainkan harga pasaran.

Saya tidak mahu mengulas mengenai harga barangan ataupun "Kangkung" tetapi saya mahu bercakap mengenai apa yang saya ketahui dan juga apa yang saya lihat keadaan hari ini yang mana kaum Chauvinist DAP menjadikan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai alat propaganda mereka untuk melemahkan moral bangsa Melayu itu sendiri.



Ini yang berlaku hari ini yang kita dapat lihat ramai sudah orang orang Melayu menjadi pak turut kepada Chauvinist DAP dengan memperlekehkan pemimpin Melayu daripada UMNO. Mungkin kita merasakan ianya adalah pekara baru bahawa Chauvinist DAP mempergunakan Melayu padahal hakikat yang sebenar propaganda ini sudah lama diamalkan oleh Chauvinist DAP.

Sewaktu zaman Komunis mengganas di Tanah Melayu, pihak pasukan keselamatan terutama Polis dilabelkan "Anjing Kerajaan". Ianya berterusan dan rata rata Chauvinist DAP memberikan ludah kepada pihak Polis. Ini hakikat sebenar yang berlaku pada waktu itu kerana pihak Polis merupakan musuh utama Komunis dalam menggagalkan usaha mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara komunis.



"Anjing Kerajaan"menjadi modal Chauvinist pada waktu itu dan ianya telah berterusan sehingga ke hari ini tanpa orang Melayu sedar. Tak dinafikan ada bangsa Melayu yang sedar mengenai propaganda komunis, namun hari ini semakin ramai bangsa Melayu lupa akan ideologi komunis yag berterusan berselindung di sebalik nama parti DAP.

Hari ini Polis tidak lagi digelarkan sebagai "Anjing Kerajaan" sebaliknya mereka Cauvinist DAP menambah gelaran tersebut dengan menjadikannya "Polis Anjing UMNO". Nama UMNO digunakan oleh Chauvinist semenjak DAP ditubuhkan agar dapat menghasut bangsa Melayu melihat Polis itu adalah budak suruhan UMNO. Modus propaganda mereka ini sebenarnya telah berjaya hari ini apabila sentimen Melayu menghina Polis sudah kerap berlaku. Malah jika ada Chauvinist Cina yang menghina pihak Polis, penyokong Melayu Chauvinist mempertahankan penghinaan tersebut dan turut sama memperlekehkan pihak Polis.



Lihat sahaja sekarang ini apabila Chauvinist DAP menghina pemimpin Melayu terutama YAB Najib Razak. Yang menjadi tukang sorak adalah Melayu yang lupa bahawa Chauvinist DAP telah mempergunakan mereka untuk menghina pemimpin sendiri. Ini lah realiti hari ini yang mana orang Melayu lupa bahawa DAP adalah satu serpihan Komunis yang akan kekal sampai bila bila mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

YAB Najib Razak adalah bangsa Melayu, beliau membawa mesej kepada dunia bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang bukan dari dunia kelas ke tiga. Najib Razak pemimpin negara yang memberikan gambaran jelas kepada seluruh dunia bahawa orang Melayu boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara. Mana mana negara lain tidak ada pemimpin yang berbangsa Melayu selain dari Malaysia, Brunei dan juga negara serumpun Indonesia.



Chauvinist DAP sedang bertepuk tangan melihat sesama Melayu terus berpecah belah. Chauvinist DAP terus bersorak riang kerana orang Melayu telah lupa akan penghinaan yang mereka Chauvinist DAP lakukan pada tanggal 5.5.2013. Chauvinist DAP mahu orang Melayu lupa akan agenda yang telah dilakukan DAP untuk menawan Malaysia ini sepertimana parti PAP menawan Singapura.

Melayu hari ini bodoh sejarah.......

Thursday, 20 March 2014

PRKKAJANG !!! DRAMA TERBARU #ANWARIBRAHIM DAN #WANAZIZAH DAN #M370 DIDEDAHKAN !!!



PRK Kajang kini terpahat dalam sejarah sebagai bukti sikap tidak bertanggungjawab PR dan sikap pentingkan diri Anwar Ibrahim yang kronik.Permainan politik Anwar nampaknya tidak punya had dan tidak mengira tempat.Anwar telah mempermainkan sistem demokrasi yang kononnya diperjuangkannya.Anwar juga telah mempermainkan rakyat Kajang yang memberi kepercayaan kepada partinya dengan menyuruh ADUN yang lama meletak jawatan tanpa sebab.Kini,kerusi tersebut cuba digantikan dengan isterinya,Wan Azizah,pastinya sebagai proksi dirinya.Mungkin kerana itu,PRK Kajang dihadapi dalam keadaan ‘dingin’ sekali.Rata-rata,ceramah PR tidak mendapat sambutan sehangat biasa.Rakyat seolah-olah letih dan kurang berminat dengan PRK yang sebenarnya tidak perlu sama sekali.Rakyat juga mungkin terkilan dengan pembaziran yang berlaku akibat PRK ini.Kehilangan MH370 juga merupakan faktor utama di mana PRK Kajang menjadi dingin.Jelas,rakyat Malaysia rata-ratanya jauh lebih matang dan tidak berminat dengan permainan politik yang keterlaluan apatah lagi yang sengaja diada- adakan.   
Tumpuan rakyat adalah pada pencarian MH370 serta nasib penumpang,krew dan keluarga mereka. Ini adalah isu besar yang sebenar,kerana ia melibatkan nyawa manusia.Tumpuan negara asing kepada Malaysia juga menjadi topik utama di kalangan rakyat.Rata-rata rakyat merasa gusar dan tidak mampu mengelak prasangka terhadap agenda tersembunyi negara asing di sebalik bantuan yang dihulurkan.Hanya beberapa kerat sahaja di kalangan rakyat yang berminat dengan politik berbanding isu besar lain.Mereka ini merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat yang melihat segala-galanya dari segi politik sempit yang berlegar di sekitar Ketua Umum mereka sahaja.Kononnya,semua yang berlaku ada kena mengena dengan Anwar,malah bencana jerebu juga adalah akibat dari ‘daulat’ Anwar.Pun begitu, mereka  ini hanya berdegar-degar di alam maya.Di dalam kempen-kempen di Kajang,termasuk ceramah Wan Azizah sendiri, tidak begitu mendapat sambutan.Acara karnival yang diadakan khas untuk berkempen juga tidak mampu menarik begitu ramai orang.Kalau ada pun, ia hanya dimeriahkan oleh orang dari luar Kajang, yang bukan merupakan pengundi di situ.Kebanyakan mereka adalah kumpulan kerahan dari PAS dan sedikit dari PKR.secara dasarnya,PR dan BN dilihat sama-sama yakin mampu menarik undi kaum Cina. Walaubagaimanapun, kita melihat kaum Cina turut memandang sinis dengan tujuan sebenar PRK ini diadakan.  
Hakikat bahawa ia dijadikan pentas untuk Anwar beraksi dalam menghadapi rayuan kes liwat, membuatkan ramai dari kaum Cina merasa ‘terganggu’.Nampaknya, Anwar kemungkinan telah membuat kesilapan yang besar dalam mengatur strategi melalui PRK Kajang.Tidak mustahil PRK yang dijangka dapat menyambung ‘nyawa’nya, bakal menamatkan terus riwayat politiknya.Anwar mungkin boleh merancang dengan sebegitu teliti, tetapi takdir jua yang menentukan.Takdirnya,Anwar telah kalah dalam rayuan kes liwatnya.Takdirnya,MH370 hilang dalam Anwar sedang membuat persediaan untuk ‘naik ke pentas’ meraih simpati.  Takdirnya, Anwar masih jauh dari menjadi Perdana Menteri tetapi mungkin menjadi banduan sekali lagi.Takdirnya,kempen Wan Azizah tidak lagi mampu menarik simpati.Suasana di Malaysia kini muram,terutama rakyat Selangor dan Kajang sendiri khasnya.Bukan kerana memikirkan nasib Anwar,tetapi memikirkan masalah air,denggi,pencemaran udara dan kehilangan MH370.Semua yang berlaku ini cukup menginsafkan. Rakyat kini sudah tidak ada masa untuk simpati pada Wan Azizah atau Anwar Ibrahim.Rakyat kini perlu simpati pada diri sendiri.    Apapun, kempen PRK Kajang tetap diteruskan dalam keadaan sedingin ais,biarpun cuaca begitu panas membahang dan kelam berjerebu.

KANTOI!: PENDEDAHAN RAKYAT PEDALAMAN DITIPU PROGRAM 'IMPIAN SARAWAK' DAP

  .



Portal Sarawak Online telah mendedahkan ‘Laporan Penghantaran Anak Pokok Sawit dan Baja  PERCUMA’ kepada pekebun kecil di kawasan pedalaman di Sarawak.[DI SINI]. Ini adalah kerana Projek DAP “Impian Sarawak” kononnya sekali lagi membuka mata rakyat Sarawak apabila baru-baru ini DAP telah memberi bantuan anak pokok sawit kepada rakyat di kawasan pedalaman Sarawak. Sebanyak 100 anak pokok sawit telah disampaikan oleh DAP kepada Pekebun-Pekebun Kecil Tanah NCR Sarawak bertempat di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang. 
Namun apa yang pelik di sini ialah ini bukanlah satu bentuk bantuan yang ikhlas dari DAP dimana pemohon tersebut diminta membayar pinjaman selama 20 tahun dengan perlu membayar 10 peratus daripada hasil  jualan selepas 2 tahun. Sudah pastinya dengan menghebohkan program ini, akan menimbulkan persepsi kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa DAP seumpama ‘malaikat’ yang sangat baik hati membantu pekebun kecil di kawasan pedalaman. Adakah ini merupakan bantuan ataupun sebenarnya penganiayaan kepada pekebun-pekebun kecil di Sarawak?

Jika kita buat sedikit pengiraan, 1 pokok akan menghasilkan lebih kurang 200kg setahun; ini bermakna 100 pokok akan menghasilkan lebih kurang 20000kg atau 20 tan setahun. Jika harga 1 tan (ambil kadar yang paling rendah) ialah RM300 per tan, maka hasil untuk 100 pokok penerima bantuan DAP ini nanti ialah RM30000 setahun. Maka dari jumlah tersebut, RM3000 (10%) hendaklah diberi kepada DAP. Bagi pinjam RM1000; mesti bayar balik dengan ‘bunga’ RM3000  (300%) ??! . Jelas dan nyata ini lebih kepada konsep ‘Ah Long’ bertopengkan ‘malaikat’!.  Selain terpaksa menanggung hutang selama 20 tahun untuk membayar semula harga anak pokok sawit (RM1000), para pekebun kecil yang suka sangat nak menyokong DAP ini akan menanggung sendiri kos-kos lain seperti kos meluas serta pembersihan tanah, kos baja dan kos-kos penyelenggaraan kebun yang lain.

Bantuan anak pokok sawit kepada pekebun kecil setakat bulan Febuari 2013
Mari kita dedahkan apa yang sebenarnya telah dinikmati oleh para pekebun kecil khasnya untuk tanaman kelapa sawit di Sarawak sejak tahun 2 tahun yang lepas. Sejak 2011, bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK); had bantuan maksimum bagi setiap pemohon adalah 5 hektar. Bantuan RM7,000.00 itu disalurkan kepada mereka yang layak untuk membiayai kos pembersihan, penyediaan kebun dan anak benih berkualiti yang akan dibekalkan oleh MPOB. Sebagai tambahan,  para pekebun kecil juga diberi bantuan melalui skim Bantuan Penyelenggaraan Kebun (BPK) sebanyak RM500 sebulan selama 24 bulan kepada mereka yang lulus bantuan Skim TSSPK; ini bermakna pekebun kecil menerima tambahan bantuan sebanyak RM12,000 untuk baja. Selain itu, kerajaan juga membantu pekebun kecil  menanam semula pokok sawit tua yang melebihi umur 25 tahun dengan anak benih berkualiti yang berupaya menghasilkan Buah Tandan Segar (BTS) yang tinggi. Untuk pengetahuan umum, setakat tahun 2011 Negeri Sarawak mempunyai 10,417 pekebun kecil berdaftar dengan MPOB dengan keluasan 58,800 hektar.

Fakta yang sahih; Barisan Nasional tidak pernah meminta walau 1 sen pun dari hasil pemberian kepada pemohon-pemohon tersebut.
 
Anda nilai sendiri dari apa yang telah anda baca; perbezaan diantara kesempatan konsep ‘lintah darat’ yang diamal oleh DAP dan keikhlasan Barisan Nasional dalam membantu rakyat di kawasan pedalaman. DAP dilihat semakin menampakkan niat dan hasrat mereka untuk menipu rakyat di kawasan pedalaman. Kononnya ingin membantu; tetapi niat sebenar mereka jauh lebih tersirat memandang rendah terhadap pengetahuan rakyat di kawasan pedalaman.

Wednesday, 19 March 2014

Dalang perpecahan umat Islam di Kajang DIDEDAHKAN! #PRKKajang

Di PDM Kantan Permai, seorang individu yang dikenali sebagai Dollah Tek, telah dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap fenomena perpecahan umat Islam di Kajang khususnya. Dikenali ramai sebagai seorang yang sangat angkuh, sombong dan tidak bercampur dengan masyarakat, tidak ramai yang menyedari hakikat bahawa beliaulah yang menjadi pencatur politik pakatan di Hulu Langat.


Semuanya bermula apabila beliau mengambil kesempatan daripada isu pemecatan Anwar Ibrahim tahun 1998 untuk menghidupkan pengaruh pembangkang di Hulu Langat yang sedia layu ketika itu. Beliaulah yang bertanggung jawab menghasut ramai ahli pengasas UMNO di Kajang untuk keluar parti dan menyertai pakatan pembangkang ketika itu. Sehinggakan pernah satu ketika, UMNO Jenaris sendiri hampir lumpuh kerana semua pengasasnya keluar parti.

Beliaulah punca masyarakat berpecah-belah di Hulu Langat. Jika negara ada Abang Non sebagai Dajjal penghancur ummah, maka Kajang ada Dollah Tek sebagai ranting Dajjal. Yang peliknya, walaupun tiada seorang menyukai Dollah Tek (termasuklah ahli parti pakatan pambangkang sendiri), namun mereka terpaksa juga mengikut kerana pengaruhnya dalam pakatan pembangkang  di Hulu Langat
Ini adalah kerana beliau juga dipercayai orang yang menentukan hidup nasib dan masa depan karier politik ahli parlimen Hulu Langat kini. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Seorang genius Nuklear yang telurnya digenggam oleh boneka Anwar Ibrahim. 

Maka tidak peliklah, jika secara tiba-tiba, MP Hulu Langat ini boleh berubah fikiran dalam tempoh 24 jam menjadi penentang Lynas pula! 




Dollah Tek juga berjaya mengkayakan dirinya hanya dalam tempoh tidak sampai LIMA tahun pakatan pembangkang menguasai Selangor! Beliau dilihat semakin kaya dan mewah dan mampu untuk mereformasi kediaman sendiri dari jenis sederhana kepada yang mewah dengan bantuan kelulusan segera dari rakan-rakan ahli majlis pakatan pembangkang.



Lagi pun rumah beliau memang disediakan sebagai hub program fitnah dan 'istana hinggap' para pemimpin pakatan pembangkang, ketika mana seorang pun jiran-jirannya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah mewahnya!

Sudah tentu anda tertanya bagaimana ini semua boleh berlaku? Mudah sahaja sifirnya, Dollah Tek ini menguasai pembahagian projek kepada kroni pakatan pembangkang di seluruh Hulu Langat dengan cara memegang 5-6 lesen kelas F menggunakan nama penduduk tempatan bagi tujuan untuk mengaut semua projek PBT!



Titik perpecahan masyarakat semakin memburuk apabila lantikan ajk surau telah dijalankan secara tidak telus kerana kaedah pemilihan adalah ditentukan oleh Dollah Tek dan konco-konconya. Mereka telah mengatur untuk mengadakan mesyuarat pemilihan bagi memastikan semua pengikutnya dapat menguasai rumah ibadat tersebut secara politik.
Musibahnya, semua program keagamaan, projek dan hala tuju rumah Allah kini tertakluk kepada ehsan konco-konco Dollah Tek. Dan ini telah mengakibatkan ramai jemaah dan orang yang warak yang mahu ke surau untuk tujuan ibadah semata-mata, dipaksa mengikuti program politik pakatan pembangkang, dan mulai menjauhi rumah ibadat tersebut. 

Tahukah anda, Surau Jenaris, surau yang dikuasai oleh konco-konco Dollah Tek ini juga, merupakan antara TOP 5 rumah ibadat di Selangor yang dikenal pasti oleh MAIS sebagai paling teruk berpolitik?!! 

Adakah ini bentuk NEGERI BERKEBAJIKAN yang pakatan pembangkang maksudkan?!! Kembalikanlah hak untuk beribadat secara khusyuk kepada masyarakat setempat. There's more to LIFE than politics.