Sunday, 20 October 2013

KENAPA MASIH ADA YANG BUTA HATI DAN JIWANYA KERANA DAP....

Petikan ceramah Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas ....

Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country?".

Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

They said “we are going to pray in Bahasa Malaysia".

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it is more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.
We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they are talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all is the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way.

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn.

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

I asked one of my 'students' who is studying Usuluddin in Cairo ro clarify the hot issue. He gave this

Monday, 7 October 2013

DAP AKAN BUAT PEMILIHAN CEC UNTUK KALI KEDUA????

Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP yang terbaharu ini, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee yang telah dipecat daripada parti itu kononnya menghadirkan diri sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?

Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April 2013 kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya. Wanita ini marah benar dengan DAP sehingga berhajat membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal. Akhbar The Star bertarikh 1 Jun, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.

Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun Jenice tidak merayu. Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?

Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC DAP sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??
CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?


 
DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP
Keratan akhbar Sinar Harian 22 April 2013. 

Persoalannya... 

Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?  

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?
Adakah pemecatannya dahulu tidak sah?
Boleh pulak dia mengundi?
Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni? 

Rakan blogger MYMASSA memberikan penjelasan panjang lebar mengenai persoalan mengapa bekas ADUN Teratai, Janice Lee yang dipecat dari parti akibat bertanding sebagai calon bebas, boleh mengundi semula pada pemilihan CEC DAP kali ini ?

Ada pendapat mengatakan bahawa pemecatan bekas ADUN Teratai pada 22 April 2013 sebagai tidak sah memandangkan pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember 2012 juga telah terbatal setelah DAP sendiri tidak mengikut Undang-undang Tubuh parti itu.

Dari aspek teknikal, memang benar Janice Lee masih lagi menjadi ahli DAP dan layak mengundi setelah diberi peluang.

Bagaimana pula dari sudut Undang-undang Tubuh DAP, Perlembagaan DAP ...



Bekas ADUN Teratai Jenice Lee Ying Ha hari ini telah memfailkan saman terhadap DAP di atas pemecatan beliau dari parti. Lee, 33, yang memfailkan saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Mahkamah Tinggi Sivil, telah menamakan Setiausaha Agung Lim Guan Eng sebagai defendan.

SUMBER : MALAYSIA-CHRONICLE





Perlucutan keahlian

Seseorang ahli yang telah dikenakan apa-apa tindakan yang diambil menurut Fasal Kecil 13(a) di atas tidak boleh membawa tindakan dalam mana mana Mahkamah:
i. Untuk menentukan kesahan dari segi undangundang atau soal kewajaran tindakan atau keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas.
ii. Terhadap Parti atau terhadap Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas atau seseorang ahli jawatankuasa-jawatankuasa di atas atas sebab apa-apa tindakan yang berbangkit dari perbicaraan yang dijalankan di bawah Peraturan ini.


(d) Seseorang ahli: 

i. Yang merupakan serta didapati atau diisytihar sebagai orang tidak siuman; atau
ii. Yang diisytihar muflis; atau
iii. Yang disabit kesalahan yang melibatkan unsur-unsur ketidakjujuran atau keburukan moral oleh mana-mana Mahkamah; atau

iv. Yang memulakan prosiding di mana-mana Mahkamah atas apa jua perkara berhubung Parti tanpa terlebih dahulu menghausi segala saluran-saluran yang sedia ada dalam Parti; 


akan berhenti menjadi ahli Parti dengan serta-merta.


Tindakan bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang mengheret DAP [ jika sekalipun pemecatan beliau tidak sah dan masih bergelar ahli DAP ] dalam mana-mana prosiding mahkamah, atas apa-apa jua perkara berhubung dengan Parti [ DAP ] ... Sekaligus menyebabkan beliau BUKAN LAGI AHLI DAP YANG SAH. 

Jadi dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri, Jenice Lee bukan lagi ahli DAP pada 5 Jun 2013.

Dakwaan bahawa bekas ADUN Teratai ini adalah PENGUNDI HANTU mempunyai merit yang besar dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri.

Maka, pemilihan CEC DAP yang berlangsung semalam adalah TERBATAL dengan sendirinya berdasarkan KECUAIAN DAP memberi izin kepada BEKAS AHLI untuk mengundi.

ROS mempunyai MERIT untuk mengarahkan PEMILIHAN SEMULA DILAKUKAN ...SUMBER PEJUANG MELAYU.

Monday, 30 September 2013

DAP- PARTI KHAS UNTUK ANAK-BERANAK SAHAJA FULLSTOP.


CEC DAP berakhir semalam. Apapun ia dilihat berjaya mengekalkan status quo calon-calon yang terpilih pada pemilihan CEC yang diadakan pada akhir tahun lalu. Pun begitu, didapati terdapat perkembangan yang agak “pelik dan ajaib” telah berlaku pada pemilihan CEC yang berakhir semalam.

cecPaling utama ialah mengenai kekalahan yang sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong. Apa hebatnya Liew Chin Tong (LCT) sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbanding Kit Siang dan 134 undi berbanding Guan Eng? Pada hal Chin Tong hanya memperoleh sebanyak 984 undi pada pemilihan CEC yang diadakan pada Disember tahun lalu. Malah dia merupakan “calon muka baru” yang mencuba nasib bertanding CEC di dalam parti tersebut.

Pada pemilihan yang lalu, Chin Tong hanya berjaya menduduki tempat ke-15 sahaja dan peliknya kali ini dia berjaya menceroboh dan mengatasi “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.” Ajaibnya kali ini  LCT berjaya menduduki tangga pertama undi tertinggi 1438!. 

Ini adalah satu perkara yang “luar biasa”. Ia menunjukkan perbezaan undi dan kedudukan yang sangat jauh berbeza berbanding apa yang berlaku kira-kira 9 bulan lalu. Pelik, tapi benar-benar berlaku. Apakah kemenangan LCT sengaja diatur oleh “Dinasti Lim” bagi mengaburi mata rakyat yang memberi tumpuan pada pemilihan kepimpinan parti tersebut? Meskipun LCT berkedudukan nombor satu di dalam pemilihan CEC semalam, dia hanya kekal di jawatan yang kurang penting sebagai Pengarah Pendidikan Politik. Sedangkan, barisan kepimpinan utama parti itu tetap dikuasai oleh “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”!

Paling menarik apabila melihat Guan Eng hilang kira-kira 272 undi dari para perwakilan yang hadir. Bilangan itu bukan sedikit kurang jumlahnya kerana dari 1576 undi pada Disember lalu, undinya berkurangan kepada 1304 kali ini? Kemana `hilangnya' 272 undi yang lalu? 1/4 undi untuk Guan Eng ghaib begitu saja? Apakah itu membuktikan bahawa para perwakilan dan akar umbi DAP sudah hilang kepercayaan terhadap Setiausaha Agung DAP itu? sedangkan ia masih mahu pertahankan jawatan Setiausaha Agung?

Apa salahnya jika LCT diberikan tanggungjawab menggantikan Guan Eng untuk jawatan Setiausaha Agung? Dia digemari oleh akar umbi dan pastinya mereka lebih senang berurusan dengannya berbanding seorang pemimpin yang anggkuh dan tidak boleh dipercayai? Namun, mungkin itu adat resam demokrasi di dalam DAP. Mungkin semua orang tahu bapanya yang menjadi Penasihat DAP Seumur Hidup, boleh berbuat apa-apa untuk parti dfan DAP adalah hak anak-beranak SAHAJA!!!

Apa Agenda Zairil Khir Johari Untuk Melayu Dalam DAP?


Zairil_Khir_Johari-FZ


Berakhirlah episod pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dengan menyaksikan Zairil Khir Johari kali ini terpilih sebagai pemenang di dalam pemilihan tersebut setelah hebat dipertikai sebelum ini. Pada pemilihan yang lalu, Zairil terpilih ke dalam jawatankuasa CEC setelah mengutip balik undi `dalam tong sampah' kerana Guan Eng mendakwa “tersilap kira”. Dan kali ini, mungkin kemenangan “anak” Tan Sri Khir Johari itu tidak lagi disalah kira…

Zairil muncul sebagai satu-satunya wakil “orang Melayu” di dalam CEC tersebut. Begitulah yang didakwa ramai pihak, termasuk kepimpinan DAP yang baru.

Sebelum ini, DAP dipandang serong oleh ramai pihak yang menganggap parti itu merupakan sebuah parti rasis yang sangat condong pada kepentingan kaum Cina di negara kita. Mereka dikritik hebat atas beberapa tindakan yang jelas membuktikan sikap “berat sebelah”…Persoalannya, bolehkah kita bangsa Melayu mengiktiraf Zairil sebagai “wakil bangsa Melayu” di dalam kepimpinan tertinggi DAP? Layakkah dia mewakili Melayu di dalam DAP? Sejak aktif bersama DAP dan dilantik sebagai pegawai paling kanan untuk “Khalifah” Lim Guan Eng, nama Zairil agak hangat diperbualkan. Maklumlah. Dia merupakan “anak” kepada bekas Menteri BN, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.

Malangnya, nama Zairil hanya hangat apabila statusnya yang dikatakan berbangsa “Melayu” mencetus spekulasi dari ramai pihak. Misalnya, desas-desus mengatakan bahawa Zairil sebenarnya bukanlah berbangsa Melayu. Benarkah dakwaan itu? Khabarnya, Zairil merupakan seorang anak yang lahir ketika ibunya masih lagi belum bergelar isteri kepada Allahyarham Khir Johari. Maksudnya, desas-desus itu mengatakan bahawa dia adalah hasil perkahwinan pertama ibunya yan berbangsa Cina dengan seorang lelaki Cina. Benarkah? Jika benar dakwaan tersebut, bolehkah Zairil dikategorikan sebagai “bangsa Melayu”?

Pada saya, jika benar dakwaan itu maka Zairil bukan berdarah Melayu dan tidak layak untuk diiktiraf sebangsa dengan saya. Meskipun dia dipelihara dan membesar sebagai Melayu, dia tetap bukan Melayu.
Saya faham, mungkin di dalam kad pengenalan Zairil tertera menunjukkan dia berbangsa Melayu ekoran ibunya berkahwin dengan Allahyarham Khir Johari. Pun begitu, apakah darah yang mengalir di dalam tubuhnya itu adalah darah Tan Sri Khir Johari? Justeru itu, tidak hairanlah jika “anak” Khir Johari itu bermati-matian berjuang bersama DAP. Otaknya “liberal” dan dapat menerima ideologi serta pendekatan parti itu yang jelas bersikap “chauvinis ultra kiasu”. Malah parti itu sering mempertikai kepentingan bangsa Melayu dan hak keistimewaan yang diberikan kepada Islam. Bagaimana seorang Muslim yang kononnya berbangsa Melayu sanggup menyokong sebuah parti yang anti-Islam dan anti-Melayu?

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz yang cukup berpengalaman di dalam DAP sendiri menegaskan agenda parti itu yang “memerangi” Islam dan Melayu. Zairil baru setahun jagung di dalam DAP, patutnya dia boleh rujuk terlebih dahulu pada Tunku Aziz sebelum menyertai DAP, bukan? Nampaknya “anak” Khir Johari itu sudah semakin hanyut dari semangat Melayu Muslim. Biarlah. Sebagai menghormati haknya untuk memilih parti dan mendokong amalan demokrasi di Malaysia, biarlah Zairil bersama DAP. Cuma, jangan marahlah jika ramai di kalangan bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini menganggap dia sebagai pengkhianat agama, bangsa dan Tanah Melayu. Itu pandangan dan “personal impression” kami terhadap Zairil. Harap dia tidak berkecil hati…Apapun, sebagai “wakil tunggal” yang kononnya bagi “bangsa Melayu” di dalam DAP, saya nak sangat tengok apa yang Zairil boleh sumbangkan pada bangsa Melayu melalui jawatan CEC yang dimenanginya itu. Apa agaknya agenda Zairil untuk bangsa Melayu nanti?

Antara Undi popular dan CEC!!!

LEPAS saja PRU13 berakhir dan BN diumumkan sebagai pemenang, antara perkara pertama yang Anwar buat ialah mencanangkan satu negara bahawa pembangkang menang sebab undi undi popular memihak kepada enititi nama Pakatan ini, melebihi 51%. Walhal Pakatan bukanlah entiti yang bertanding dalam pilihanraya dan ketiga-tiga parti yang membentuk pakatan itu bertanding atas tiket masing-masing, selain hakikat bahawa kerajaan ditentukan oleh parti yang memperolehi undi paling banyak dalam Parlimen dan DUN. Jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tapi Anwar, kita semua tahulah, bukan peduli apa pun, nak-nak budak-budak yang jenis baru nak kenal politik, kena tipu bulat-bulat dengan Anwar. Dan semenjak itu, fahaman ”siapa dapat undi popular, dia yang menang” ini, sudah menjadi macam satu trademark kepada pembangkang dan lagaknya kalau depa jadi kerajaan besok, itulah sistem pemilihan baru yang akan diperkenalkan di negara ini.
Anehnya, dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) DAP semalam, perkara itu tidak berlaku.  Calon yang mendapat undi paling tinggi (undi popular) dari 49 calon yang berebut jawatan dalam CEC, tidak dilantik sebagai Setiausaha Agung.  Sebaliknya ia tetap didominasi Lim Guan Eng, yang juga anak kepada Lim Kit Siang.

Kenapa boleh jadi begitu ya?  Sepatutnya, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong atau Gobind Singh Deo yang dipilih menjadi Setiausaha Agung DAP sebab undi yang mereka peroleh, adalah jauh lebih tinggi dari Guan Eng yang terperosok di tempat ke lima? Itu menunjukkan, Anwar dan macainya hanya pandai bercakap ke atas orang lain saja, logik sama tidak terpakai bila perkara itu berlaku dalam parti yang menjadi suku sakat dia macam DAP.  Serupa macam Ambiga dan Bersih, sama jugak, semuanya tak adil bila berkaitan SPR, bila pemilihan pertama DAP, lagi jelas tidak adil, dia pun diam tak cakap apa.
Namanya politik ikut kepentingan sendiri, bukan kepentingan rakyat pun.

Dalam masa sama, penulis nak sebut bahawa walaupun keputusan dari pemilihan DAP ini langsung tidak berubah dari keputusan yang pertama (setelah diubah kerana kononnya MS Excel silap), tapi itu bukan menunjukkan bahawa Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai pihak yang salah.  Kalau pemilihan yang pertama itu, keputusannya berakhir macam pemilihan semalam, penulis tidak rasa Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, masih orang yang sama. Pendek kata, ini semua agenda Dinasti Lim lah.  Dia pakat-pakat anak beranak, jadikan DAP itu macam hak sendiri, seterusnya tentukan siapa akan pegang jawatan apa dalam parti. Juga, penulis malas nak sentuh tentang kemenangan Zairil Khir Johari kerana dalam artikel semalam penulis dah kata awal-awal bahawa cina nama Melayu ini akan menang, bukan sebab dia layak tapi sebab itu yang anak beranak Lim hendak dan perwakilan DAP pulak macam terpukau untuk akur kepada kehendak tersebut. Walaupun 100% DNA cina, tapi sumbangan dari kemenangan Zairil begitu besar kepada DAP sehingga ramai jugaklah Melayu bandar yang terpengaruh dan mengundi anak tiri Allahyarham Tan Sri Khir Johari tersebut.

Wednesday, 25 September 2013

MICROSOFT EXCEL TIDAK BETUL? - TONY PUA



DAP KIAN TERDESAK, kebinasaan DAP hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. Tony Pua menyatakan bahawa kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012 adalah berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan `paling zaman termoden' yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai termasuk kalangan DAP sendiri.....
Sistem komputer didakwa silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. Bukan hanya itu sahaja, kesilapan turut melibatkan undi  Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah? Atau kenapa tidak salahkan pengasas Microsoft sekaligus!!!

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru sangat menyertai DAP.

Nga Kor Ming pula memberitahu kepada seorang pemimpin PAS bahawa rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini kini terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa Melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut.

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu.

Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang..............

Monday, 23 September 2013

PEMIMIPIN DAP KE THAILAND UNTUK SEMBAH BANGKAI KOMUNIS!!!!

ching_peng1

KUNJUNGAN beberapa pemimpin PR khususnya DAP  memberikan ‘tabik hormat’ kepada mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng di Thailand  seharusnya membolehkan pasukan keselamatan negara menyiasat hubungan parti tersebut dengan PKM sebelum ini. Perlu dipastikan apakah DAP adalah cabang politik kepada PKM seperti mana Sinn Fein menjadi sayap politik kepada IRA?

Kita tidak menuduh tapi sokongan DAP terhadap PKM seperti dilihat dari penghormatan terakhir yang diberikan pemimpin seperti Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong yang juga bekas Ketua Staff Guan Eng) menimbulkan persoalan besar mengenai hubungan terselindung yang mungkin wujud antara DAP dan PKM sebelum ini.

Masa wira negara Kanang a/k Langkau dan wira-wira Lahad Datu dikebumikan, tak pulak nampak Jeff Ooi datang melawat, Chin Peng mati kat Bangkok, gagah pulak pergi. Sebab itu kita curiga dan jika dapat dibuktikan hubungan itu wujud, penulis menggesa pemimpin-pemimpin DAP terlibat dikenakan dakwaan melancarkan perang terhadap DYMM Yang Dipertuan Agung dimana hukuman mati diperuntukkan.

Ini perlu dilakukan segera kerana komunis berhutang nyawa dengan ramai rakyat Malaysia, tak kiralah anggota keselamatan atau tidak. Dan setelah PKM tidak dapat dikenakan tindakan kerana anggota mereka melarikan diri ke Thailand, maka DAP perlu menanggung akibatnya. Itu kalau hubungan antara DAP dan komunis ini dapat dibuktikan.

Lagipun, struktur organisasi DAP sangat mirip dengan PKM. Kalau PKM diketuai seorang Setiausaha Agung, DAP pun begitu juga. Justeru, kebarangkalian bahawa parti ini menyokong perjuangan komunis, tidak boleh ditolak begitu sahaja. Selain itu, kedua-duanya (DAP dan PKM) turut menyasarkan orang cina untuk menganggotai pertubuhan masing-masing dan kebetulan atau apa, orang Cina pun turut tertarik dengan idealogi DAP dan PKM sehingga memilih untuk menyertainya secara beramai-ramai.

Benar, DAP dan PKM turut mempunyai keahlian dari kalangan bangsa lain, tapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan orang Cina. Ini adalah fakta, bukan perkauman atau ada niat jahat - perlu jelas tentang itu.

Semua ini menuntut siasatan mendalam oleh pihak berkuasa negara.  Walaupun Akta berkaitan telah dihapuskan (ISA) selain PKM pun telah meletakkan senjata (bukan idealogi)  pada 1989, tetapi penulis yakin ada ruang-ruang lain dalam undang-undang negara kita yang boleh digunakan untuk menyabitkan DAP dengan kegiatan keganasan, jika terbukti mereka memang mempunyai hubung kait dengan PKM. Seperti mana undang-undang melarang abu Chin Peng dari dibawa pulang yang bukan dijumpai dalam akta berkaitan keganasan, tapi akta berkaitan kesihatan