Hanya beberapa kerat sahaja
dalang mahasiwa kaki demo yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang menggunakan modus operandi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) itu.
1.
Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah Kerajaan Negeri Selangor,
di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar
di sana. Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dilantik menjadi Pengerusi SMM.
Hebat sungguh cara susunan Anwar yang ‘amat demokratik’, dari susunan
PKR diaturkannya, hinggalah sampai kepada kepimpinan pelajar. Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa
dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu
berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan
selalunya UM. Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari
universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi
Ketua SMM.
Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur
mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus.
Dari demonstrasi membela Prof. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar
lilin.

Syukri
syok sendiri dijulang sebagai hero ketika demo di masjid UIA bela Aziz
Bari. Pelajar UIA pun tak terlibat, Syukri dari KUIS pula yang terlebih
sudu

Bila malam menjelma, maka muncullah knight of the templar yang menyalakan candlelight vigil.Pelik kan.. pelajar KUIS menyamar jadi pelajar UIA yang kononnya
berlagak Islamik, tetapi apabila malam menjelang, si penyamar yang
kononnya Islamik itu terjebak pula dengan upacara warisan Kristian,
bakar lilin (
candlelight vigil).
2.
Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau
Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR. Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin. Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara. Memang jauh api dari panggang. Adam Adli sebenarnya seorang penakut,
buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu
tempelengnya.

pemuda-pemuda PKR sedang menyorok-nyorok di belakang Adam..Adam dikenakan tindakan tatatertib oleh UPSI yang dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari.
3. Khalid Ismath, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang merupakan mahasiswa pro-Syiah.
Menurut
penaminang.blogspot.com kemunculan Khalid Ismath sebagai mercu tanda Syiah sudah tunjuk taring di Malaysia. “Ini kerana SYIAH di Malaysia ini tidak sebulu dengan kerajaan Sunnah
di tanah air kita ini. Jadi untuk menampilkan ‘Kesyiah’annya, mungkin
sedikit sukar, kerana umat Islam di Malaysia ini masih teguh dengan
Manhaj Ahli Sunnah. Maka kaedah untuk mengoyangkan Ahli Sunnah di
Malaysia ini adalah dengan bergerak atas manhaj politik. Dengan politik
Syiah seperti Khalid Ismath ini lebih mudah mendekati
mahasiswa-mahasiswa pro khawarij”, kata blogger itu.
Foto di sebelah disusun oleh penaminang yang menunjukkan perkaitan
Khalid Ismath dengan Anwar Ibrahim. Dari kultus Anwar maka beraraklah
siswa pro Syiah itu menuntut pemansuhan AUKU, sedangkan semasa Anwar
menjadi Menteri pendidikan, beliau sendiri tidak berusaha meminda AUKU,
apatah lagi mahu memansuhkannya.
4. Syazni Munir Mohd Ithnin, pelajar KUIS.Syazni asalnya pelajar UM yang terlibat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Syazni,
berasal dari Segamat, Johor. Pernah menjadi Presiden PMIUM, namun
kerana keaktifannya, dia gagal menyeimbangkan antara akademik dengan
kegiatan pelajar menyebabkan dia gagal menamatkan pengajian di
universiti tertua itu. Sekarang melanjutkan pelajaran di KUIS. Asalnya gah..Presiden PMIUM
2009/2010, yang turut dilantik Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa
Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi SMM yang gah mengarahkan anak
buahnya termasuk dari universiti lain, kini terpaksa terima hakikat, gah
tak kemana bila pelajaran tidak habis.
Sekarang terpaksa diturunkan pangkat, dari Pengerusi SMM menjadi
pengikut kepada Ahmad Syukri di KUIS yang bergerak mengikut telunjuk
sang kultus. Syazni kena terima hakikat, sekarang godfather siswa bukan lagi Dewan
Pemuda PAS, sekarang zaman desperado sang kultus yang memerlukan
pengikut, hingga terpaksa turun sampai ke akar umbi siswa.

Sang Kultus perlukan proksinya, bukannya ‘budak PAS’, sebab itu sang kultus beri isyarat pilih Ahmad Syukri. Semasa di UM, pada 18 Julai 2009, Syazni ditahan polis berhubung kes
menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API)
Universiti Malaya.
Syazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu
siasatan kejadian conteng dan ‘petrol’ pada 24 Jun 2009 dan telah
dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dibicarakan mulai 7
Disember 2009.Pintu masuk dewan kuliah utama API diconteng “bini puaka” dan
“pembunuh Altantuya” dan menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal
dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kempen derma
‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ bagi anak-anak Palestin di kampus itu.
5. Muhammad Safwan Anang @ Talib, Presiden PMIUM sesi 2011/2012 juga
merangkap Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan
Timbalan Presiden GAMIS.
PMIUM pertubuhan sah di UM, tetapi BEBAS dan GAMIS merupakan pertubuhan haram.
Telah berkahwin bersama pasangan yang juga aktivis PMIUM, Masturah Abu Bakar pada 13 November 2011. Emak Masturah iaitu Mariam bt Abdul Rashid adalah ahli Majlis Bandaraya
Shah Alam adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Ketika
pilihan raya kampus UM sesi 2011, Safwan bertanggungjawab cipta gimik
kononnya, bakal isterinya hilang gagal dikesan dan sekali lagi ketika
berdemo di UPSI semalam Safwan sendiri buat gimik, dirinya cedera parah
dipukul polis, walhal dia sendiri yang
mencederakan diri dengan merempuh pintu kaca (berkunci) dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. “Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin Klinik Shifa.
Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak
memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga
terjatuh semasa usaha menangkap mereka.
“Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan
kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding
cermin klinik panel”, Dato Dr Junaidy Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor,
HEP UPSI. Berdasarkan senario terbaru di UPSI, ada unsur-unsur tidak puas hati
kenapa hanya Adam Adli sahaja di’nobat’ jadi hero. Siapa Adam Adli ?
Presiden GAMIS ? Presiden SMM ? Semuanya zero…Anwar berjaya menunjukkan skillnya ‘pecah dan perintah’, akhirnya
semuanya berlumba-lumba mahu ‘menjadi hero’ untuk dekat dengannya.
Akhirnya Anwar juga yang untung..