Wednesday, 20 May 2015

DAP BENTUK KABINET MAHU RAMPAS KUASA DARI KAUM BUMIPUTRA

DAP akan memerintah negara secara sendiri jika berjaya kuasai Putrajaya tanpa melibatkan PAS dan PKR alasan DAP mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi..... ucapan bongkak Lim Guan Eng.



DAP memberi gambaran untuk memerintah negara secara bersendirian sekiranya berjaya menguasai Putrajaya apabila membentuk Kabinet baya­ngan yang terdiri daripada pemimpin parti itu tanpa melibatkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Langkah tersebut juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada Pas apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng memaklumkan keputusan itu dibuat kerana DAP tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Guan Eng menegaskan, pembentukan Kabinet bayangan daripada pemimpin pakatan pembangkang yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang baharu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan rakan sekutunya. Malah beliau secara sinis berkata, Abdul Hadi yang sukar dikawal mempunyai ‘kuasa veto’ untuk menolak sebarang keputusan yang telah dipersetujui secara bersama, justeru Kabinet bayangan daripada parti pembangkang tidak akan berkesan.

“Dia (Abdul Hadi) tidak meminta pandangan kami, malahan dia tidak berunding dengan pemimpin Pas sendiri. Jadi, bagaimana kami dapat bekerjasama? Kami juga sudah memutuskan untuk tidak menjalin sebarang hubungan dengan Abdul Hadi, tetapi kami akan terus berurusan dengan pemimpin Pas lain. “Kabinet bayangan pakatan pembangkang itu sukar dikawal kerana Abdul Hadi ada kuasa veto untuk menolak sebarang keputusan berasaskan persetujuan bersama. Abdul Hadi tidak berunding dengan kami berhubung sebarang hal terutama hudud, dengan itu saya percaya sukar dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi yang didakwa tidak bermaruah dan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. Menurut parti itu, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

Ketika ditanya tentang calon Perdana Menteri untuk Kabinet bayangan itu, Guan Eng bagaimana enggan mengulas dan meminta soalan itu dikemukakan kepada Wan Azizah. Sementara itu, Kabinet baya­ngan DAP yang dibentuk membariskan 34 pembuat dasar yang bertanggungjawab terhadap 18 kementerian.

Antara portfolio yang dicadangkan ialah Pendidikan, Sains dan Teknologi; Dalam Negeri dan Perundangan serta Kewangan dan Ekonomi. Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hasan ketika ditemui enggan memberikan ulasan, sebaliknya menyatakan mahu meneliti terlebih dahulu kenyataan Guan Eng sebelum memberi sebarang reaksi.

Thursday, 14 May 2015

PESTA JUAL TANAH DI PULAU PINANG... KENAPA LIM GUAN ENG TAK PERNAH BERANI DEDAHKAN SKANDAL TANAH KERAJAAN NEGERI YANG DISONGLAPNYA?



Mungkin anda tidak perasan, setiap kali pendedahan tentang jualan tanah di Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng dibuat, setiap kali itulah, DAP akan menggelupur mencari isu-isu remeh yang bersifat sensasi untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada permasalahan serta skandal terbesar di Pulau Pinang, terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah kerajaan negeri.

Tahukah anda, walaupun DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008, keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan. Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk akal murahnya.

Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja. Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan luas:

2011 - seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion.
2013 - seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai.
2013 - 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land.
2014 - tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%.
2014 - 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta.
2014 - 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion.
2014 - 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai!


Kesemua jualan tersebut bernilai berbilion Ringgit, tetapi jualan tanah dari tahun 2008 sehingga 2012, Pulau Pinang sekadar mencatatkan pertumbuhan sekitar 3,85% (sebanding dengan kadar bon Kerajaan Persekutuan) menerusi simpanan tunai Pulau Pinang dari RM1.02 bilion untuk sekadar mencapai RM1.192 bilion. Persoalannya ialah, menerusi peningkatan yang begitu kecil, di mana keseluruhan wang yang berbilion-bilion hasil jualan tanah itu semua? Adakah kerana perbelanjaan tahunan yang bertambah dua kali ganda?

Satu persoalan besar yang seringkali dipersoalkan ialah, berbanding menjual tanah, mengapa agaknya PDC Pulau Pinang tidak membangunkan atau memajukan tanah milik Kerajaan Negeri itu sendiri? 

Persoalan kepada orang Melayu Pulau Pinang sendiri, apakah polisi Lim Guan Eng ini sebenarnya mencerminkan sikap orang Melayu yang hanya fikirkan 'NAK SENANG' sahaja sehinggakan pesta jualan tanah secara besar-besaran oleh DAP di Pulau Pinang, langsung tidak membimbangkan mereka?


Apa yang mereka perolehi daripada skim dan skandal tanah tersebut? Sedangkan polisi DAP dan Lim Guan Eng, jelas untuk mengkayakan lagi pemaju. Pemaju mengutip keuntungan berpuluh-puluh kali ganda hanya kerana kecenderungan Melayu untuk membuat 'perubahan'.


Perubahan apa yang sedang berlaku? Semua kerja hartanah akan dipindahkan kepada arkitek-arkitek Cina, jurutera-jurutera Cina, Qs, Subcons dan peguam-peguam Cina, manakala peguam-peguam Melayu, arkitek-arkitek Melayu dan jurutera-jurutera Melayu, semua pakat nganga!



Apa yang berlaku dalam GLC terutama sekali dalam sektor perbankan, sedang diamalkan secara meluas menerusi pesta jualan tanah di Pulau Pinang!

Fikirkan tentang perkara ini. PDC di bawah Lim Guan Eng, dapat duit secara percuma. PDC dapat tanah secara percuma dan kemudian tanah-tanah tersebut djual pula kepada syarikat-syarikat atau pemaju-pemaju Cina. Duit yang diperolehi oleh PDC daripada hasil jualan, hilang begitu sahaja. PDC sebaliknya membina rumah-rumah mewah yang bukan untuk rakyat marhein sepertimana tujuan asal penubuhannya.

Ini bukan sekadar melibatkan Melayu marhein tetapi juga Cina dan India serta semua marhein di Pulau Pinang yang langsung tidak ada tempat dalam pandangan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Tuesday, 12 May 2015

TABUNG HAJI: HILANGNYA ASET MELAYU-ISLAM DI TRX -1MDB AKIBAT DENGKI KHIANAT BANGSA SENDIRI...


Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.
TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.
Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. 
Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.
"Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katanya pada sidang media di Menara TH, pagi ini.
Tabung Haji akan menjual semula tanah itu secara baik bagi mendapatkan pulangan keuntungan demi kepentingan pendeposit.
Tanah asal tapak TRX milik 1MDB di segi tiga emas Kuala Lumpur yang dibeli dengan harga murah dan akan dibangunkan dengan prasarana moden sebagai mercu tanda moden yang bernilai tinggi.
"Dalam masa terdekat ini selepas dapat duit itu, kita akan minta CFO (Ketua Pegawai Kewangan) untuk membuat pengumuman pada sidang media yang duit dah masuk dalam akaun Tabung Haji... dah selesai," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada para pendeposit supaya tidak panik dengan mengeluarkan simpanan mereka di Tabung Haji.

"Simpanan makcik, pakcik... walau RM1 pun adalah dijamin oleh kerajaan buat pendeposit," katanya.
Projek TRX yang sedang rancak dibina cuba disabotaj kerana ia berkait rapat dengan 1MDB. TRX akan berperanan sebagai hub untuk pelabur asing menempatkan modal mereka di Asia Tenggara.  Bila dah siap adakah ia akan dijual dengan harga yang sama sebelum ia dimajukan pemaju? 
Azeez turut mengulangi pendirian Tabung Haji sebelum ini bahawa pembelian tanah bukan ‘bail out’ untuk 1MDB tetapi sebaliknya ia merupakan pelaburan yang mengambil kira kepatuhan syariah dan potensi pulangan keuntungan yang baik.

Beliau menambah, pulangan keuntungan itu akan memberi keutamaan untuk subsidi dan pengurusan haji dan agihan dividen kepada pendeposit.

Jelasnya, Tabung Haji membayar kadar pulangan dividen melebihi enam peratus dan tahun 2014 sahaja manakala pemberian bonus dan dividen 8.5 peratus.

"Kos untuk mengerjakan haji tahun ini adalah RM17,270 tetapi pendeposit hanya dikenakan caj RM9,980. Dan kita beri subsidi sebanyak 7,290 seorang.


"Dari mana kita hendak dapat subsidi ini? Sudah tentu daripada keuntungan menerusi perniagaan dan pelaburan yang dijalankan Tabung Haji," katanya.
Menurut Azeez, Tabung Haji mengagihkan dana mengikut alokasi aset yang diluluskan iaitu kira-kira 15 peratus yang diperuntukan untuk pelaburan hartanah.

"Pembelian tanah ini mengambil peluang sebagai sebuah institusi Islam yang memiliki aset di kawasan pembangunan TRX dengan unjuran keuntungan 27 peratus atau sembilan peratus setahun," katanya.

Tuesday, 7 April 2015

BONGKAR!!!! Misi Rampas Malaysia?


"Misi rampas Malaysia 

Baru2 ini, teman bertemu dengan seorang yg pernah menjadi pakar strategis dan think tank kepada pentadbiran kerajaan yg terdahulu.

Sambil kami santai2 ngeteh, dia mendedahkan satu maklumat yg menurutnya perlu dibocorkan sebelum terlambat.

Ia membabitkan soal kawasan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baharu atau luar biasa namun ia perlu dimaklumkan supaya nanti nasi tidak menjadi bubur.

Pihak pembangkang sekarang bukan macam yg dulu2. Mereka sudah ada duit. Mereka ada dua negeri yg amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Ditambah dengan semangat mahu menakluki negara Malaysia ini pada PRU akan datang, tindak-tanduk mereka cukup konsisten dan istiqamah.

Konon ceritanya DAP dan pakatan pembangkang lain sedang menjalankan kerja2 sulit mereka mendaftarkan, lebih tepat lagi memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.

Mereka mengalihkan pengundi tegar mereka dari satu kawasan yg mereka menang majoriti besar ke satu kawasan lain bagi membolehkan mereka menang di situ.

Pengundi itu tidak semestinya akan berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja yg berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu.

Misalnya kita ambil contoh di Parlimen Seputeh yg majoriti DAP cukup besar melebihi 50,000 undi. Kempen dilakukan secara sis­tematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yg BN menang terlalu kecil, termasuk di bawah 1,000 undi.

Menurut maklumat itu ia sedang dilakukan di mana2. Bagi menjaga sensitiviti maka tidak perlulah teman sebut di mana kempen2 penerangan dan proses itu dijalankan.

Pernah dulu teman mendengar ramai pengundi dari kawasan Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang kononnya dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu. Begitu juga perpindahan besar-besaran pernah terjadi di Selangor bagi memastikan mereka kekal berkuasa pada PRU-13 lalu. 

Mereka cukup fokus dalam strategi ini. Teman tidak pasti apakah parti lawan daripada pembangkang itu sedar mengenai perkara ini?

Cuma teman tidak pasti apakah BN sendiri pun melakukan perkara yg sama?

Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini? Apakah mereka sedar berlakunya lonjakan pengundi yg luar biasa dalam sesuatu kawasan. Jika berlaku apakah tindakan mereka?

Bagi teman ini semua ialah strategi untuk berperang. Siapa bijak mengatur strategi dialah yg menang. Siapa lambat dialah yg kena pancung." Baru2 ini, teman bertemu dengan seorang yg pernah menjadi pakar strategis dan think tank kepada pentadbiran kerajaan yg terdahulu. Sambil kami santai2 ngeteh, dia mendedahkan satu maklumat yg menurutnya perlu dibocorkan sebelum terlambat.

Ia membabitkan soal kawasan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baharu atau luar biasa namun ia perlu dimaklumkan supaya nanti nasi tidak menjadi bubur. Pihak pembangkang sekarang bukan macam yg dulu2. Mereka sudah ada duit. Mereka ada dua negeri yg amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Ditambah dengan semangat mahu menakluki negara Malaysia ini pada PRU akan datang, tindak-tanduk mereka cukup konsisten dan istiqamah. Konon ceritanya DAP dan pakatan pembangkang lain sedang menjalankan kerja2 sulit mereka mendaftarkan, lebih tepat lagi memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.

Mereka mengalihkan pengundi tegar mereka dari satu kawasan yg mereka menang majoriti besar ke satu kawasan lain bagi membolehkan mereka menang di situ. Pengundi itu tidak semestinya akan berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja yg berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu. Misalnya kita ambil contoh di Parlimen Seputeh yg majoriti DAP cukup besar melebihi 50,000 undi. Kempen dilakukan secara sis­tematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yg BN menang terlalu kecil, termasuk di bawah 1,000 undi.

Menurut maklumat itu ia sedang dilakukan di mana2. Bagi menjaga sensitiviti maka tidak perlulah teman sebut di mana kempen2 penerangan dan proses itu dijalankan. Pernah dulu teman mendengar ramai pengundi dari kawasan Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang kononnya dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu. Begitu juga perpindahan besar-besaran pernah terjadi di Selangor bagi memastikan mereka kekal berkuasa pada PRU-13 lalu.Mereka cukup fokus dalam strategi ini. Teman tidak pasti apakah parti lawan daripada pembangkang itu sedar mengenai perkara ini?

Cuma teman tidak pasti apakah BN sendiri pun melakukan perkara yg sama?

Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini? Apakah mereka sedar berlakunya lonjakan pengundi yg luar biasa dalam sesuatu kawasan. Jika berlaku apakah tindakan mereka? Bagi teman ini semua ialah strategi untuk berperang. Siapa bijak mengatur strategi dialah yg menang. Siapa lambat dialah yg kena pancung.

Sunday, 5 April 2015

TIPU HELAH LKY BAKAL DIGUNA DAP TINDAS MELAYU/BUMIPUTRA



8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia

Singapore in the Malay World


Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.


Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

1) Memperalat orang Melayu


Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.

Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”.

“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).

Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.

Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.

Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.

“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.

Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.

Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.


Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.


Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.


Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.

Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina?

Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.

Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu

Asyraf Farique

Monday, 30 March 2015

LUAHAN AHLI PAS : MAT SABU SEPERTI LEMBU KENYANG TERNAKAN GUAN ENG?

Luahan ahli PAS di portal Tranungkite:

Antara pemimpin PAS yang aku sanjung dan sayang kerana pengorbanan dan perjuangannya ialah Abang Mat Sabu. Beliau pernah digelar harimau berantai PAS. Banyak masa beliau dihabiskan untuk perjuangan sejak muda. Pernah diISA, dihambat dan dibom asap dalam demonstrasi, naik turun mahkamah, dicerca dan difitnah. Hidup berlingkar dalam tribulasi perjuangan Islam.

Abang Mat ni aku doakan biar jatuh bangun dan mati dalam PAS. Kalau tidak, amat tidak berbaloi andai dia akhirnya pada hujung usia tercicir dalam perjuangan mulia ini. Namun, sejak kemelut MB Selangor hingga kemelut hudud dan penghinaan DAP terhadap TG Presiden, aku nampak harimau berantai ni dah jadi macam lembu kenyang.

Dalam tempoh setahun, aku duk perhati Abang Mat ni. Ada yang aku dan ahli PAS lain rasa tak kena. Oleh kerana sayang, aku diamkan saja. Oleh kerana sayang, aku beri peluang harimau berantai ni sedar diri akan peranannya dalam membantu Presiden sebagai Timbalan.

Ubah keputusan TGHH dalam pencalonan nama MB Selangor, aku sabar. Lim Gung Eng kata sedap-sedap pada TGHH , harimau berantai diam, aku sabar. Iring Lim Guan Eng beri bantuan banjir melalui Husam Musa ( bukan MB Kelantan), aku sabar. DAP memerangi hudud, harimau berantai diam, aku sabar. Banyak kali dah sabar tu. Kini Lim Kit Siang, Lim Gung Eng dan pemimpin DAP hina lagi TGHH, aku dah tak tahan sabar. Kalian ahli PAS, masih bersabar? Baguslah.

Hari ni aku nak tanya Abang Mat; hang nak kerja dengan TGHH atau dengan Lim Guan Eng? Hang nak kerja untuk PAS atau untuk DAP? Hang nak kerja untuk Islam atau untuk penentang Islam? Hari ini biar jelas antara benang putih dan benang hitam. Tak perlu lagi playsafe dalam keadaan DAP terlalu biadap dan melampau terhadap Islam, hukum dan ulamanya.

Kini Abang Mat macam dah jadi lembu kenyang. Buat tak sensitif. Letak diri dalam zon selesa. Disumbat mulut dan diberi makan oleh majikan kurang ajar Lim Gung Eng tu. Bukan cara begitu Abang Mat tak nak memekatkan lagi kekeruhan. Hang tu Timbalan? Kata nak bantu Presiden semasa menawarkan diri semasa pemilihan lepas? Dalam situasi Presiden hang dibantai, difitnah dan dinista, hang bantu Presiden? Ke hang bantu jatuhkan Presiden? Ke hang bantu laknatullah Lim Guan Eng? Hang tunggu apa lagi yang nak jadi? Ke hang tunggu gaji bulan-bulan?

Aku tutup tulisan ini dengan doa agar Allah peliharakan Abang Mat, beri kesedaran yang benar itu kelihatan benar dan yang salah itu kelihatan salah. Dan moga Abang Mat menghabiskan sisa nyawa di hujung usia kekal istiqamah dalam perjuangan Islam, mendaulatkan hukum-hkamnya dan menjulang para ulamanya.

Tuesday, 10 March 2015

Tian Chua buat kenyataan bahlol?

Tian Chua Meroyan Petisyen Pembangkang Untuk Meraih Sokongan Amerika Syarikat Dibuang, Tetapi Salahkan Umno/BN Pula.

Lawak melihat gelagat pemimpin pembangkang yang cuba mengaitkan UMNO/BN dalam kes petisyen bebaskan Anwar Ibrahim kepada White House yang telah dibatalkan oleh laman web White House sendiri. Dari Tian Chua sehinggalah kepada Ahli Parlimen DAP semuanya sepantas kilat menyalahkan kerajaan persekutuan, kononnya Najib telah mengarahkan supaya petisyen tersebut dibuang malah ada yang menuduh UMNO/BN telah mengupah penggodam untuk menggodam dan membuang petisyen tersebut.

Tuduhan Tian Chua agak kelakar memandangkan Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa yang kuat untuk mengarahkan Kerajaan Amerika Syarikat tunduk kepada permintaan Kerajaan Malaysia membuang petisyen berkenaan. Kalau betul bagai didakwa, Pakatan Pembangkang perlu memboikot Kerajaan Amerika Syarikat.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah petisyen Pakatan Pembangkang dibuang oleh 'The White House' kerana melanggar polisi yang telah ditetapkan iaitu email palsu dari IP yang sama. Terbukti Pakatan Pembangkang sudah hilang sokongan Rakyat hingga terpaksa menggunakan Red Bean Army (RBA) untuk mengumpulkan tandatangan bagi petisyen meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam kes Anwar Ibrahim.

Inilah resmi pembangkang, semuanya salah UMNO/BN, tak pernah-pernah salah diri sendiri. Apa yang cuba mereka sembunyikan adalah fakta bahawasanya admin laman web tersebut berhak untuk membuang mana-mana petisyen yang didapati melanggar peraturan seperti penipuan alamat IP yang mana banyak tandatangan menggunakan alamat IP yang sama yang seterusnya membuktikan bahawa perbuatan mencukupkan tandatangan ini dilakukan oleh individu yang sama. Dipercayai semalam satu lagi petisyen yang meminta White House untuk tidak mencampuri urusan Malaysia mendapat lebih banyak tandatangan membuatkan Pakatan Rakyat panik dan terus mengarahkan Red Bean Army untuk menggunakan akaun sama dan tandatangan berulangkali sehingga dikesan admin laman web terseb