Tuesday, 11 March 2014

ulasan kes liwat Anwar oleh musuh no 1 papagomo

DARI KAJANG KE SUNGAI BULOH....

Perkara pertama yang mahu saya bawa balik semua ke kes liwat Anwar Ibrahim vs Shaiful adalah dalam perbicaraan kes terawal iaitu keengganan Anwar berada di kandang saksi dan di soal oleh pendakwa.
Soalan nya kenapa dia enggan di soal siasat dan apa yang di takuti nya sedangkan dalam ceramah dia berapi-api menghentam semua orang termasuk Shaiful dlm kes liwat dan menuduhnya sebagai 1 konspirasi konon nya..
2. Kenapa Anwar bermati2an menolak dan cuba menggugurkan Shafee Abdullah dari penjadi peguam pihak kerajaan ? apa yang di takuti nya sedangkan dia menang pusingan pertama dan mempunyai Karpal Singh..

Untuk menjawab soalan ini dan kupasan berikut nya saya tertarik dgn tweet Rafizi Ramli yang seoalah sedar akan keputusan dan redha dgn apa yang berlaku. Dari daya maksud Rafizi dan 2 kenyataan di atas maka jelas mereka sedar bahawa peluang mereka dalam kes liwat ini adalah tipis apa lagi jika di bicara semula dan dengan kehadiran peguam Shafee Abdullah yang mempunyai ranking lebih tinggi dari singa berkerusi roda Karpal Singh. Sebenarnya dlm pusingan pertama Anwar boleh kalah tetapi hanya kerana sebab2 teknikal saja dimana Saiful kalah dlm perbicaraan awal dan bukan nya kerana Anwar tidak bersalah dan ini perlu di fahami dengan jelas.

Oleh itu kedatangan Muhammad Shafee Abdullah yang sangat kenal Anwar dengan mengemaskini semula kelemahan kes awal memang tidak di senangi oleh kem Anwar sebenarnya kerana mereka telah menjangka apa yang akan berlaku. Dalam perbicaraan yang mengambil masa 2 hari ini cuma lah 1 ulangan untuk mengukuhkan semula perbicaraan asal kerana soalan ,jawapan dan hujahan berkisar pada hal-hal yang sama. Karpal Singh dalam hujah awal nya mempertikaikan waktu yg di ambil untuk menyimpan DNA di dalam peti sejuk adalah terlalu lama di mana DNA mungkin tercemar kerana suhu dan bakteria atau di sabotaj. Menurut Karpal sampel yang tercemar tidak boleh di guna pakai mengikut undang-undang antarabangsa. Karpal turut mempertikaikan Shaiful kerana tidak lari semasa bilik tidak berkunci.
Dalalm hujah Shafee Abdullah pula menekankan bahawa tiada gangguan pada sampel DNA dan mengemukakan bukti atau pengesahan 3 doktor di mana adanya air mani Anwar pada Saiful di mana bukti ini tidak di cabar oleh peguam Anwar.

Karpal pula membuat 1 kesalahan paling besar bila membuat andaian bahawa air mani Anwar di masukkan dalam du**r Shaiful oleh pihak yang mahu menganiaya Anwar. Shafee turut mempertikaikan kenapa alasan Anwar yang konon nya sakit belakang dan tidak mampu membuat hubungan seks tidak di kemukakan kepada Shaiful dan menuduh ini cuma rekaan pihak pembela. Point yan lain adalah pihak peguam Anwar tidak mencabar mengenai bukti bahawa Saiful dan Anwar berada dalam kondominium yang sama pada masa kejadian dan sebab kedatangan Shaiful untuk menghantar surat. Shafee menegaskan atas sebab2 ini hakim terdahulu tersilap ketika membebaskan Anwar Ibrahim.

APA YANG AKAN BERLAKU ?

Anwar telah di dapati bersalah dan akan di hukum penjara 5 tahun tetapi masih mampu mengemukakan rayuan. Dalam isu ini sejak awal2 lagi berlaku beberapa tanda pelik yang menyelubungi Anwar di mana Menteri Besar Selangor seakan dapat hidu awal nasib Anwar dan berani menandatangani MOU air dengan kerajaan pusat BN di mana ramai pemimpin PKR seperti Xavier Jayakumar,Rafizi Ramli dan Azmin berkata mereka tidak tahu apa2 malah Anwar juga berdiam diri dalam hal ini.Apa kah ini 1 protes dari Khalid Ibrahim dan sekutunya kepada Anwar ? jika benar maka Anwar telah mempunyai musuh dalam selimut dan adakah dia akan di sokong dalam kes rayuan liwat atau jika di penjara nanti. Azmin yang 1 lagi musuh dalam sekam Anwar tentu terkilan dgn cara diktator Anwar yang bukan anak jati Selangor tetapi mahu sendiri mengambil jawatan Men Besar Selangor sedangkan Azmin mendakwa yang dia lebih laayk kerana mempunyai sokongan 17 dari 22 bahagian PKR di Selangor walau Azmin terlupa pada sokongan PAS dan DAP.

Misteri yang lain adalah ketiadaan Haji Hadi Awang dalam pelancaran jentera pilihanraya Kajang di mana ianya di kaitkan dengan keengganan PAS untuk mengiktirafkan Anwar sebagai bakal MB kerana dalam persetujuan asal mereka cuma iktiraf kepimpinan Khalid Ibrahim semasa menang PRU13.
Buat masa ini para juak2 menuduh hakim berpakat dengan kerajaan, mereka menuduh semua ni konspirasi dan lain2. Mereka terlupa siapa sebenarnya Shaiful ..mereka terlupa siapa sebenarnya Shafee Abdullah..Mereka semua adalah orang2 Anwar Ibrahim sebenarnya.Shaiful adalah staff nya manakala Shafee Abdullah adalah rakan sejak kecil. Puak2 ini juga terlupa siapa Karpal Singh yang menjadi peguam Anwar sekarang..Apakah mereka lupa bahawa Karpal pernah berkata di parlimen pada 22 Oktober 1997 bahawa dia mempunyai bukti liwat Anwar Ibrahim ! Apakah puak2 macai ini terlupa semua ini..Jika kata2 ini di guna pakai maka puak ini kena mengaku pada kebenaran bahawa Anwar memang bermasaalah dan terlibat dalam salah laku seks rambang. Apakah mereka juga terlupa dan mahu menolak gelaran Sheikh Al Juburi yang di berikan oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim pada 1998 selepas berjumpa dengan Ummi Hafilda dulu.

Jika penyokong Anwar waras dan mahukan kebenaran mereka sepatutnya menuntut jawapan dari Karpal Singh dan Mat Sabu terlebih dulu samada mereka menfitnah Anwar atau ianya benar Anwar adalah seorang peliwat ? Ini lebih baik dari mereka mempertikai sana sini dan menuduh semuanya salah kerajaan seolah-olah Anwar adalah malaikat suci atau ANUgerak Tuhan seperti dakwaan isteri nya yang sering menjad[truncated by WhatsApp]

CALON PALING TERBAIK.... BN.

Fikir mana yang terbaik wahai pengudi kajang. Anda tau kan kenapa Wan Azizah terpaksa bertanding sekali lagi ??? dulu di permatang pauh, lepas tu jawatan tu di beri kepada suami,sekarang bertanding lagi.tidak melampau sekiranya saya katakan PKR adalah parti anak beranak.kenapa tiada calon lain yang boleh ganti anwar ??? kenapa nak juga wan azizah ??? anda boleh fikir di situ wahai pengundi kajang.malas nak ulas panjang-panjang, semua nya di tangan anda, anda mampu mengubah nya
Percaturan PKR kali ini memakan diri, namun tidak adil menyalahkan PKR semata-mata apabila ada pihak lain yang sama-sama mahukan semua ini berlaku. Siapa lagi kalau bukan DAP. Pada awal drama PRK Kajang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kemelut yang berlaku dalam PKR Selangor walau kemudiannya bersetuju dengan strategi PKR meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon di Kajang selepas perkara tersebut dibawa ke dalam mesyuarat tergempar yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim. Ramai yang menyelar PKR kerana membuat keputusan besar seperti ini dan membelakangkan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat namun DAP hanya berdiam diri tanpa mencetus sebarang provokasi seperti PAS. Lim Guan Eng juga mengelak untuk memberikan sebarang komen dan meminta Anwar sahaja yang memberi penjelasan kepada umum.

Walaupun kelihatan seperti perkara ini dirancang sepenuhnya oleh PKR melalui Rafizi Ramli , Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution dan juga yang pastinya Azmin, kehadiran Liew Chin Tong, pakar strategi Guan Eng dan juga Lim Kit Siang seperti mengiakan desas desus bahawa Anwar bergerak atas restu Lim Guan Eng dan juga DAP. Kenyataan yang harus diambil kira adalah Anwar ‘ulu parang’ DAP hanya kerana dia Melayu dan sekiranya Anwar Ibrahim adalah calon Menteri Besar Selangor yang baru, nasib Selangor akan sama seperti Perak sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar di sana. Nama saja Menteri Besar Melayu, hakikatnya mereka berada di bawah telunjuk DAP.

DAP tidak dapat melakukan yang sedemikian dengan Khalid Ibrahim kerana Khalid punya pendirian sendiri dan mereka tidak dapat menggunakan pengaruh Anwar ke atas Khalid kerana Khalid adalah ‘orang’ Wan Azizah. Jadi boneka yang paling sesuai untuk Selangor adalah Anwar Ibrahim sendiri. Keterdesakan PKR untuk kekal di Kajang seterusnya Selangor juga menyaksikan jeneral perang Anwar, Azmin Ali sanggup untuk berdiri bersama Lim Guan Eng walau ramai yang tahu bahawa mereka berdua tidak sebulu. Inilah yang dinamakan ‘pengorbanan’ yang sanggup dilakukan oleh Azmin demi memastikan kelangsungan hidup PKR di Selangor. Kenyataannya, sokongan DAP terhadap pencalonan Anwar Ibrahim di Kajang adalah serampang dua mata bagi DAP  kerana dengan Anwar, mereka akan terus mendapat sokongan dari orang Cina dan juga dari orang Melayu yang menyokong PKR. DAP tahu dengan memanipulasi sokongan kuat orang Melayu terhadap PKR akan membolehkan mereka menjadi watak utama dalam Pakatan Rakyat dan orang-orang Melayu ini akan sanggup mengangkat Anwar Ibrahim tanpa mengambil kira siapa ‘tuan’ mereka sebenarnya.

Natijahnya , siapa `ulu parang' dan siapa yang menjadi pemegangnya..

Monday, 10 March 2014

Niat Syaitoon.

Kenapa pengundi Kajang tak pernah terfikir `ilmu lintang pukang' PKR. Ilmu yang sentiasa mahu menjadikan masyarakat Melayu khasnya dan Malaysia amnya `buta dan bodoh' kerana kerakusan nafsu politik Anwar. Anwar hanya melihat politik sebagai satu jalan untuk terus hidup menipu, melindungi perbuatan liwat dan pakatannya dengan DAP untuk menghancurkan tamadun Melayu dan Syiar Islam. Masyarakat Melayu harus berhati-hati memilih Datin Seri Wan Azizah kerana Wan yang juga isterinya lebih melihat Syurga dari neraka jahanamjika tidak menuruti perintah suami. Wan Azizah tiada pilihan. Namun yang pasti jika Wan Azizah menang, niat syaitonnya tetap akan m,enjahanamkan Malaysia, Islam dan bangsa Melayu....

Mentaliti penyokong PKR....

Ada sesuatu yang tidak kena dengan mentaliti rakyat Malaysia, khususnya yang cenderung menyokong Pakatan pembangkang. Mereka tidak dapat berfikir secara rasional. Mereka sentiasa berfikir bahawa segala-galanya adalah mudah dan yang membuatkan sesuatu yang mudah itu menjadi payah adalah UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Itu sahaja yang ada dalam otak mereka. Siang malam, ratib dan zikir mereka adalah SEMUA SALAH UMNO, SEMUA SALAH BARISAN NASIONAL.

Tidak keterlaluan kalau kita katakan, ajaran songsang yang diterapkan oleh Anwar Ibrahim sudah melekat dan berjaya sepenuhnya. Kalau tidak, masakan masih ada yang bertanya, SALAHKAH LIWAT SUKA SAMA SUKA demi membenarkan dan memenangkan Anwar Ibrahim apabila berhujah.

Ternyata bahaya elemen yang ada kaitan dengan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan pasukannya, tidak hanya melibatkan perjuangan membebaskan segala-galanya, termasuklah norma-norma serta batas hidup dan adab selaku manusia yang beragama, tetapi juga membuatkan otak golongan tersebut mengecil sehinggakan mereka hanya memikirkan… SEMUA SALAH UMNO-BN! Tragedi MH370 sudah pun menyerlahkan ‘kebijaksanaan’ mereka yang benar-benar melampaui tahap atau penanda aras kebongokan bagi seseorang yang bergelar manusia!

BETULKAH ADA PEMIMPIN PKR YANG CUBA MENAIKKAN HARGA PERJANJIAN PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR DI SELANGOR...???



Abdul Khalid Ibrahim digesa dedahkan nama pemimpin tersebut agar rakyat tahu serta dapat menilai sendiri matlamat perjuangan pemimpin itu.....Nampaknya niat baik Abdul Khalid untuk membantu rakyat cuba dihalang oleh pemimpin dalam parti itu sendiri...!!!

MCA DESAK KHALID DEDAH DALANG

MCA mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mendedahkan identiti pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan cuba memujuknya menaikkan harga perjanjian penstrukturan semula industri air di Selangor. Pengerusi Wanita MCA Selangor, Ong Chong Swen berkata, pendedahan itu perlu kerana ketika ini penduduk di negeri tersebut sedang menanggung kepayahan berikutan masalah bekalan air yang dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini.

Beliau berkata, tindakan pemimpin PKR yang cuba memujuk Abdul Khalid itu dianggap tidak beretika kerana sebarang perjanjian pengambilalihan syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri harus ditetapkan dengan harga yang paling rendah. "Ini kerana dana-dana yang melibatkan proses penstrukturan semula industri air itu datangnya daripada rakyat dan Abdul Khalid harus menerangkan isu ini kepada mereka," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beberapa pemimpin PKR sebelum ini mendakwa Abdul Khalid tidak memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum Kerajaan Selangor memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.  
Pada 26 Februari lalu, Kerajaan Persekutuan dan Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak 2008.

Kalimah Tak Usah Tegak Benang Basah

Exco Selangor, Dr. Halimah Ali cuba meredakan tekanan dengan mendakwa Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor berhubung penstrukturan semula air di negeri tersebut, dilakukan pada saat akhir. Sejak termeterainya MoU semalam, kerajaan Selangor cukup tertekan kerana di asak sana sini akibat begitu banyak percanggahan kenyataan berhubung loji Langat 2 ini. Kejap kata tak perlu (air cukup), dah sekarang perlu pulak.

Halimah juga mendakwa kerajaan Selangor tak bersalah dalam hal ini (penstrukturan semula air di Selangor), sebaliknya kerajaan persekutuanlah yang salah kerana melewatkan persetujuan pengambilalihan Syabas. Tapi Halimah terlupa satu perkara, SEBELUM MoU itu ditandatangani, kebenaran membina telah diberikan Khalid Ibrahim terlebih dahulu, yang akhirnya menyaksikan projek Langat 2 boleh diteruskan pembinaannya setelah tertangguh sekian lama.

Kebenaran membina inilah yang penting, MoU itu tidak begitu penting. MoU yang ditandatangani itu bukan perjanjian pun, Syabas yang nak diambil alih oleh kerajaan Selangor ini bukan milik kerajaan persekutuan, tapi Puncak Niaga Sdn Bhd yang pegang 70% kepentingan dalam Syabas. MoU itu tandatangan atau tidak, kalau lembaga pengarah Puncak Niaga tak luluskan pengambilalihan, tak jadi juga.

Jadi apa kaitan dengan dakwaan Halimah bahawa MoU itu tandatangan saat-saat akhir? Apa yang cuba dibuktikan dengan itu? Halimah jangan suka-suka nak alihkan isu. Semua orang tahu penyelesaian kepada masalah air di Selangor ialah pembinaan loji Langat 2. Banyak kenyataan oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini menunjukkan, merekalah yang bertanggungjawab dengan penangguhan pembinaan loji Langat 2, bukan kerajaan pusat.

Nak juga penulis paste satu-satu, nanti pening pulak kepala Halimah nak tepis semua. Yang penting kat sini, soal kerajaan negeri Selangor nak ambil alih Syabas atau tidak, apa kaitan dengan pembinaan Langat 2!! Masalah air di Selangor ini adalah sebenarnya 100% salah kerajaan Selangor dibawah pentadbiran pembangkang. Suka sangat nak berpolitik, sampaikan hal yang membabitkan kepentingan rakyat pun tidak terlepas dari dipolitikkan. Bila masalah dah besar dan sukar di kawal, masa itu baru terhegeh-hegeh nak cari kerajaan pusat. Jadi usahlah Halimah ikut resam melepas anjing tersepit, dah kerajaan pusat bantu, nak gigit tangan kerajaan pusat balik. Penulis tak tergamak nak mengatakan Halimah anjing, tapi ikut kenyataan di atas, dah nampak macam ke arah itu.

 

Sunday, 2 March 2014

PKR - pertembungan Kem Isteri Vs Kem Suami..siapa bakal kalah

Kalau sebelum ini orang bercakap mengenai ‘Kajang Move’ yakni gerak langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim…kini wujud pula ‘Khalid Move’. Senario belakang tabir yang mencuri perhatian ekoran pengumuman Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR!.  Jumaat lalu, pertembungan antara kem isteri vs suami (Presiden DS Wan Azizah dan kem KU DS Anwar Ibrahim) tidak lagi dapat disembunyikan.

Pertembungan dua kem ini menarik untuk disaksikan kerana akan melibatkan semua jawatan utama parti dengan pengecualian jawatan utama iaitu Presiden yang mungkin dimenangi Anwar tanpa bertanding,”kata sumber dalaman PKR. Kem Azizah yang berkumpul dibelakang Khalid sebagai calon orang nombor dua parti dikatakan membawa nama-nama besar sebagai regu mereka menghadapi kem Anwar yang berkumpul dibelakang Azmin.

“Ini merupakan Kuruserta PKR (Kurusetra merupakan medan perang saudara dalam hikayat agung perang India Mahabrata). Pertembungan antara adik beradik, sepupu, kawan baik dan musuh yang berada di kedua-dua pihak,”ujarnya lagi. Khalid dipercayai akan membawa Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Naib Presiden. Selain Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail yang juga Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor sebagai calon Ketua Wanita PKR. Rodziah kini merupakan Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah dipercayai akan bergandingan dengan seorang lagi Exco Selangor, ADUN Bukit Lanjan, Elizeberth Wong yang dijangka menawarkan diri untuk jawatan nombor dua wanita PKR. Semene-mena Khalid kata “Saya ada kelebihan dari segi track record dalam semua bidang”. Manakala untuk jawatan Ketua Pemuda AMK pula, kem Khalid kini berbelah bagi antara dua nama ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang bergandingan ADUN Teja Perak Chang Lih Kang ataupun Ketua AMK Negeri Sembilan Mohd Nazree Yunus yang bergandingan dengan Ketua AMK Sabah Mohd Serman Hassnar. “Nazree cuba menarik perhatian Khalid… masalah dengan Nik Nazmi adalah beliau lebih dilihat orang Anwar berbanding Azizah,”katanya lagi. Manakala bagi Azmin, yang jelas dibelakang beliau kini untuk jawatan Naib Presiden adalah Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.

Shamsul akan mengosongkan jawatan Ketua AMK Malaysia untuk menawar diri ke jawatan Naib Presiden.
Manakala untuk Ketua Wanita sudah pasti akan mengekalkan ayam tambatannya, Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamarudin sebagai calon utama. Bagi jawatan Ketua AMK pulak, yang berkumpul dibelakang Azmin adalah ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari yang akan bergandingan dengan ADUN Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Kerajaan negeri Pulau Pinang. Sungguhpun di permukaan nampak pertembungan antara Khalid dan Azmin, namun yang tersirat adalah antara orang-orang Azizah dan orang-orang Anwar. Azizah sendiri selepas memimpin parti sejak ditubuhkan pada April 1999, kini hanya muncul sebagai maskot sahaja. Peranan sebagai Presiden banyak dimainkan oleh Anwar, namun begitu beliau mempunyai kepentingan-kepentingan lain untuk dijaga. “Seorang ibu akan melindungi anaknya, itu naluri semula jadi, beliau mahu memastikan Khalid menang bagi menyediakan tempat untuk Nurul Izzah selepas Anwar. Antara Khalid dan Azmin, Azizah lebih mempercayai Khalid” tambah sumber tersebut.

Pemilihan PKR tiga tahun sekali PKR membabitkan semua ahli yang menyertai parti itu selama 12 bulan layak mengundi. Hari pencalonan bagi pertandingan peringkat Pusat, iaitu bagi jawatan-jawatan utama parti adalah 29 Mac depan. 4 hingga 13 April adalah tarikh pemilihan bagi cabang (bahagian) PKR di seluruh negara manakala pengundian dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 25 April. Mesyuarat Agung Tahunan PKR peringkat cabang dijangka berakhir selewat-lewatnya pada 11 Mei, serentak dengan pemilihan bagi jawatan PKR Pusat. Keputusan akan diumumkan selepas 11 Mei ini. AIDC