Wednesday, 11 September 2013
Agenda Disebalik Sang Saka Mungkinkah Singapura Diperlawa Kembali
Hishamuddin Rais bergitu beria-ia mempromosikan Sang Saka walaupun baru
lepas ditahan polis. Tetapi manusia seperti mereka sentiasa dan
terus-menerus mencabar kerajaan dengan mempromosikan Sang Saka.
Almaklumlah ISA sudah tiada lagi. Bergitu juga dengan A Samad Said yang pernah kecewa kerana rezekinya
ditakdir menjadi hak milik kawan karibnya. Hingga kerajaan menjadi
dendamnya. Mereka ini bergitu rapat dan aktif dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu
hubungan mereka bersama DAP juga rapat malah mempunyai tujuan yang sama
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Seperti di gambar, kearkaban A Samad Said bersama Lim Kit Siang yang
sekarang kecoh dalam kisah pembabitan 13 Mei 1969. Bergitu mesra dan
tidak hairan mungkin ada runding strategi pergerakan mereka, yang pasti
rakyat nampak mereka sering sehaluan.
Persoalan yang timbul antara mempromosi Sang Saka bekerjasama dengan
proksi Singapura yang juga mempunyai bendera yang hampir sama. Benarkah
jika PR menang undi besar dalam PRU, kerusi adalah lebih memihak kepada
DAP dan kemungkinan kelebihan ini boleh menjemput Singapura kembali ke
Malaysia? JANGAN KITA DAP ADALAH SEPIHAN PARTI PAP, SETELAH SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA.
Jika ini benar-benar berlaku bermakna singapura mempunyai 80 lebih
kerusi untuk di satukan bersama kerusi Malaysia yang terbahagi kepada 4.
GEOPOLITIK APAKAH YANG BAKAL KITA ALAMI NANTI?
Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/09/agenda-disebalik-sang-saka-mungkinkah.html#ixzz2edfbPGme
Monday, 9 September 2013
HARI-HARI TERAKHIR BAGI MAT SABU.......
AKHIRNYA NIK AZIZ PECAH TEMBELANG, DIA CUKUP MUAK DAN MENYAMPAH KAT MAT SABU JADI TIMBALAN
PRESIDEN PAS. Selama ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat hanya
berlakon bagi memenangi hati penyokong PAS dalam menerima Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dalam konvesnyen sebelum ini.
Nik Aziz dalam kenyataan yang penuh kontroversi dan mengundang perasaan tidak puas hati Mat Sabu apabila Mursyidul Am PAS
itu mahu jawatan Timbalan Pengerusi PAS disandang golongan ulama. Pada
pemilihan sebelum ini, kerusi Timbalan Presiden PAS disandang golongan
ulama, Nasharuddin Mat Isa. Kemunculan idealogi Anwarinas dalam PAS yang
disertai pemimpin PAS profesional telah menyebabkan PAS terbahagi
kepada dua golongan iaitu ulama dan profesional (Anwarinas).
Akibatnya, PAS terpaksa ‘mengorbankan’ Nasharuddin Mat Isa demi survival
politik PAS dalam Pakatan Pembangkang. Kenyataan Nik Aziz benar-benar
membuatkan Timbalan Presiden PAS sekarang Mat Sabu berasa hati. Mat Sabu
benar-benar kecewa dengan kenyataan Nik Aziz itu dengan seolah-olah
perjuangannya selama dalam PAS ini tidak dinilai dengan baik. Sebuah
akhbar berbahasa Melayu pada Sabtu melaporkan bahawa sokongan Nik Aziz
merupakan tambahan kepada pelapis kepada penyandang jawatan Presiden PAS
iaitu Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang ulama, untuk
mengekalkan jawatannya.
Walaupun perkara mengenai pelapis itu dilihat tidak begitu baik untuk
Mat Sabu yang bukan seorang ulama, namun Mat Sabu mempertahankan bahawa
tidak timbul isu ulama atau bukan ulama dalam parti. Lebih memburukkan
keadaan apabila Mat Sabu mengatakan semua pemimpin dalam PAS (golongan
profesional) adalah ulama.
Bezanya mereka mempunyai lebih banyak atau kurang pengetahuan dalam
agama. Dengan nada tegas, tiada siapa boleh menghalangnya untuk
mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS termasuklah Nasharuddin Mat
Isa yang dilihat calon paling sesuai merampas jawatan itu daripada Mat
Sabu.
LimKitSiang menangis bila isu DAP vs ROS didedahkan!
Selalunya
kita dengar DAP ini anak haram kepada parti pemerintah chauvinis
Singapura, PAP, kerana sejarah mencatatkannya begitu. Wakil rakyat PAP
yang memenangi kerusi Bangsar menukar PAP kepada DAP bagi mengelakkan
kemenangan beliau dibatalkan. Walaupun ianya sejarah lama, namun, PAP
dan DAP tidak pernah terputus hubungan, bukan satu rahsia yang PAP
sering menyalurkan dana dan bantuan kepada DAP untuk memenangi
pilihanraya.
DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan
Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan
Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah
membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura
berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah
dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.
Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.
Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.
Kami di MyMassa sendiri pernah
"diganggu" oleh Kerajaan Singapura melalui Google apabila mendedahkan
penglibatan ejen rahsia mereka dalam perhimpunan haram Bersih dahulu.
Malah KM Penang sendiri setiap minggu ke Singapura melaporkan
perkembangan dan mendapatkan nasihat daripada LKY.
Namun, tahukah kita pertalian DAP
dengan komunis pula? Mengapa DAP menggunakan simbol tugu kemenangan
komunnis di China sebagai logo parti mereka? Apakah mereka menjadikan ia
satu fokus perjuangan yang belum selesai?
Adakah ini punca sebenar Lim Kit Siang menitikkan air matanya ketika desas-desus ROS mengharamkan logo ROKET DAP?!!
Mengapakah anak saudara dan sepupu
Chin Peng yang mengetuai DAP Perak? Mengapakah bekas-bekas komunis di
Perak diberikan tanah selama 999 tahun sebaik sahaja DAP mendapat
kuasa?!! Jika anda dapat menjawab soalan-soalan ini, segalanya akan
menjadi semakin jelas tentang siapa sebenarnya DAP ini!
Cuba buat sedikit soal selidik. Anda
semua tahu bukan sepanjang tempoh darurat sehinggalah ketika komunis
meletak senjata, berapa ribu anggota mereka yang diampunkan dan menyerap
masuk dalam masyarakat? Cuba anda buat sedikit kajian tentang nisbah
bekas anggota komunis dalam satu-satu kawasan yang menjadi kubu kuat
DAP.
Apa, anda mengundi "ulama'" PAS dan
bukannya DAP pada PRU ini?!! Adakah ulama' PAS yang anda undi itu nanti
akan lebih berkuasa daripada pemimpin DAP selepas PRU nanti?!!Anda ada
terfikir sehingga ke tahap itu? Atau sindrom kejumudan mengakibatkan
otak anda jem dan gagal mengoptimumkan akal?!!
Rncangan DAP menabalkan LimGuanEng sebagai PM Malaysia terbongkar!
Apabila Najib Razak memperumpamakan PRU-13 sebagai MOTHER OF ALL
ELECTIONS, beliau tidak silap. Sama ada kita sedar atau tidak, PRU-13
yang lalu merupakan TURNING POINT kepada kekuasaan politik orang Melayu
di negara ini. Namun, rahmat Allah SWT masih menaungi kita semua,
walaupun dalam keadaan kita berpecah belah dan hanyut dalam dakyah kafir
harbi DAP.
Mungkin
ada pengikut dan penyokong tegar pembangkang yang menolak perkara ini dengan mengatakan
ini semua agenda propaganda dari UMNO untuk menakut-nakutkan orang
Melayu supaya tidak memberikan undi kepada mereka. Mereka dakwa mereka
OK sahaja di Selangor dan Pulau Pinang? OK sahaja? Itulah orang Melayu,
selagi tidak terhantuk, mereka cukup malas untuk mengadah. Mereka
juga akan tanya, bagaimana DAP hendak meletakkan Lim Guan Eng sebagai
PM, jika pakatan pembangkang diterajui oleh Anwar Ibrahim? Malah, ketika
mereka berkuasa di Perak satu ketika dahulu pun, MB mereka dilantik
daripada PAS. Di Selangor juga, MBnya adalah dari parti yang paling
minoriti, iaitu PKR, dan bukannya dari DAP. Inilah hujah singkat akal
mereka kepada golongan yang malas berfikir.
Tahukah
anda Presiden Singapura yang pertama adalah seorang Melayu, dan itulah
pemimpin tertinggi Melayu yang terakhir di sana? Tahukah anda Lee Kuan
Yew satu masa dahulu hanya bercakap Melayu dan berkempen dengan memakai
songkok ke semua kampung Melayu, tetapi menghapuskan kesemuanya sekali
hanya beberapa tahun selepas mendapat kuasa penuh?
Buat
mereka yang begitu skeptikal dengan perancangan DAP untuk mengambil
alih Malaysia sekiranya pakatan pembangkang menang PRU yang lalu, sila
pertimbangkan fakta-fakta berikut:
1.
Mengapakah Karpal Singh pernah meminta Anwar Ibrahim "bertaubat" dan
menegaskan akan berjuang untuk menaikkan seorang PM bukan Melayu selagi
beliau bernyawa sedangkan Anwar Ibrahim masih lagi mengetuai pakatan
pembangkang?
2.
Apakah tujuan diadakan satu majlis ikrar paderi seluruh negara anjuran
DAP Pulau Pinang untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi
Malaysia dan melantik seorang PM Kristian? Ingat, Lim Guan Eng adalah
seorang Kristian yang warak.
3.
Mengapakah Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengadakan "Kerajaan
Perpaduan" dengan DS Najib selepas kegagalan kempen INI KALILAH dan
BLACK OUT 505? Kita pun tahu kaum mana yang memonopoli peserta
perhimpunan BLACK OUT 505 di seluruh negara dahulu.
Ini
semua kerana Anwar sedar yang beliau tidak akan SURVIVE sebagai PM
dalam pakatan pembangkang yang didominasi DAP! Beliau juga sudah terhidu
akan perancangan DAP untuk menumbangkan beliau sebagai PM hanya setelah
DUA TAHUN berkuasa bagi memberikan ruang kepada LIM GUAN ENG naik sebagai PM KRISTIAN PERTAMA MALAYSIA!
Ya, kami tahu walaupun akan ada penchacai pembangkang yang kata ini
semua mustahil kerana pastinya PAS atau melayu PKR akan bangkit
menentang, tetapi sila pertimbangkan terlebih dahulu dua situasi
berikut:
a)
Mengapa PAS tidak bertegas mahu menjadi MB di Selangor sedangkan kerusi
mereka adalah yang terbanyak? DAP tidak layak kerana tiada calon Melayu
yang boleh diketengahkan sebagai MB mengikut undang-undang tubuh
negeri. Namun begitu, DAP tidak akan berlepas tangan seperti PAS dan
tetap mahukan MB boneka yang boleh menurut semua titah perintah mereka.
Di sinilah juga peranan premis-premis maksiat yang tumbuh bagai cendawan
di Selangor, ia adalah penyumbang besar kepada sumber kewangan DAP bagi
memastikan agar para pemimpin PAS Selangor tidak melawan mereka dan
sentiasa "tersandar buncit kekenyangan" dengan bekalan duit dan wanita.
b)
DAP mempunyai PERANCANGAN SULIT untuk membawa kembali SINGAPURA ke
dalam Malaysia bagi memastikan komposisi kaum dan majoriti ahli parlimen
memihak kepada mereka. Berikut adalah perancangan sulit yang tidak
menjadi pada PRU-13 yang lalu:
-
Pakatan pembangkang mensasarkan kemenangan pada PRU-13 yang lalu,
dengan majoriti mudah sudah memadai. Katakanlah pakatan pembangkang
memenangi 112 kerusi sahaja dan membentuk Kerajaan. Komposisi parti yang
menang tidak penting kerana DAP berupaya "mengawal" rakan-rakan
sepakatan yang lain dengan wang ringgit dan wanita.
- Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi PM.
-
Sebagai Kerajaan yang menguasai majoriti mudah dalam dewan, mereka akan
mengusulkan agar Singapura kembali ke pangkuan Malaysia. Dengan jentera
penerangan seperti yang ada sekarang, ia pastinya tidak menjadi masalah
kerana alasan ekonomi dan kekuatan ketenteraan yang dimiliki Singapura
akan digunakan sepenuhnya. Para pemimpin Melayu pakatan pembangkang juga
tidak akan membantah kerana faktor perkara 3(b) di atas. Sebagai PM
yang bertunjangkan DAP, Anwar juga tidak akan membantah kerana mahu
mengekalkan jawatan yang sedia lama dikejar.
-
Perkara 2 Perlembagaan Negara akan digunakan bagi tujuan ini. Sokongan
majoriti 2/3 tidak diperlukan. Singapura tidak mempunyai masalah dan
bersetuju untuk menyertai Malaysia, kerana mereka sendiri sedar, negara
bandar mereka tidak akan selamanya boleh bergantung hidup kepada ehsan
Malaysia dengan sumber sifar. Lagipun, keputusan ini adalah jauh lebih
baik daripada menghantar bala tentera mereka untuk menawan Malaysia!
-
Dengan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia kembali, komposisi kaum
di negara ini berubah dalam satu malam. Orang Melayu dan orang Islam
menjadi bangsa kedua teramai
-
PAP mengumumkan menyertai Kerajaan Pakatan Pembangkang. PAS dan PKR
akan lebih gembira kerana mereka berjaya menguasai 2/3 Dewan Rakyat
dalam sekelip mata. Anwar Ibrahim juga tiada masalah kerana beliau
adalah pelopor kepada perbuatan lompat parti ini.
- DAP mengumumkan pembubaran parti tersebut dan bergabung dengan PAP. PAP kini menguasai 2/3 dewan rakyat.
-
USUL melupuskan hak orang Melayu, ISLAM, Raja-Raja Melayu, akan
diluluskan dengan majoriti 2/3 tanpa masalah. Orang Melayu dan Islam
Malaysia kini setaraf dengan Singapura. Jabatan agama Islam dan jawatan
MUFTI dimansuhkan. Bahasa Cina dan Inggeris akan diangkat sebagai bahasa
rasmi setaraf dengan bahasa Melayu.
-
Ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan seperti PDRM, ATM digantikan
dengan orang Cina atas alasan MERIT. Persempadanan semula kawasan
pilihanraya dilakukan bagi memastikan kerusi orang CINA
sekurang-kurangnya menguasai 2/3 dewan rakyat. UMNO dan semua pertubuhan
Melayu diharamkan.
-
Cukup dua tahun, ANWAR IBRAHIM digulingkan dari jawatan PM secara undi
tidak percaya dan digantikan dengan PM baru dari PAP, iaitu LIM GUAN
ENG.
- LIM GUAN ENG mengumumkan secara bersejarah bahawa KRISTIAN KINI ADALAH AGAMA RASMI BARU di MALAYSIA!
Hanya
selepas satu generasi, barulah orang Melayu tersedar yang mereka telah
pun kehilangan sebuah negara dan kini hidup di bawah ehsan orang kafir.
Ketika itu, ahli parlimen mereka pun adalah yang paling minoriti dan
tidak mampu bersuara. Masa itulah, baru terkenang kembali nikmat hidup
di zaman kegemilangan Melayu Malaysia di bawah UMNO.
Namun
ketika itu, NASI SUDAH MENJADI BUBUR. Kalau kita tidak beringat, PRU-14
akan menjadi HARI KIAMAT buat kita orang Islam/Melayu.
Thursday, 22 August 2013
KALIMAH ALLAH MILIK ISLAM SELAMANYA..........
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan
Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan
pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah
mingguan Herald. Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel
hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada
pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari
kemudian bersambung semula 3.30 petang. Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16
Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri
Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah
Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. Gereja
itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri
Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah
Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah
eksklusif kepada agama Islam. Majalah mingguan Katolik yang
dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan
untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa
kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam
sahaja.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk
Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang
penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah
Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi
undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik
menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic
Weekly. Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of
Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan
kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan
kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald. Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang. Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah. Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly. Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.
Thursday, 1 August 2013
DAP...............PENIPU DAN RASIS.

Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.
Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis. Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih.
Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina. Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai ‘wakil Melayu’ melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu? Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.
Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini. Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal. Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni serta kuncunya terpelanting.
Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka. Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula. Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja. Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.
Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka? Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu. Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.
Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan. Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya ‘tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis’ akan berulang. Sudah pasti..............
Subscribe to:
Posts (Atom)







