Kiriman dari warga tentera yang diterima melalui email)
KHAS UNTUK DATO' NAJMI
Dari isi hati kami, warga tentera
Kami, anggota tentera cukup mengenali Dato' semasa dalam perkhidmatan
ATM. Dato dianggap seorang pejuang Islam yang menjadi ikon bagi seluruh anggota
tentera yang sentiasa menampilkan seorang pemimpin yang telus, bertaqwa,
bersih, dan bertanggungjawab. Saya dan rakan dalam ATM amat
terkejut dan hairan seolah-olah tidak mempercayai berita
`penyertaan' Dato dalam politik dan ada kalangan kami yang masih
terpingga-pingga bagaimana orang yang dahulunya diberi kepercayaan oleh
warga tentera kerana sikap dan kepribadian kini mahu bersama dengan manusia
yang bergelar `ANWAR'.
Adakah tindakan Dato ini wajar memandangkan Dato cukup masak dengan `politik
Anwar' yang amat menjijikan dan penuh kekotoran. Malah sikap dan kepribadian
Dato kalau dibandingkan dengan Anwar bagaikan langit dan bumi, jauh dan
tidak akan sebanding langsung. Kalau Dato yang sentiasa memperjuangkan Islam,
pembangunan spritual, menyanggah arus budaya kufar, menyemai nilai-nilai murni,
menajam cinta terhadap sunnah, tetapi Anwar disebaliknya pejuang kebebasan
seks, menyokong Kalimah ALLAH untuk digunakan dalam Bible versi Melayu, sukakan
demonstrasi, kawan rapat zionis dan pelbagai lagi yang sememangnya menyanggah
budaya dan sunnah Nabi serta kesucian Islam!
Apakah Dato sudah melupai segala pesanan Dato kepada kami! Dato sentiasa
memperingatkan kami agar sentiasa berada dilandasan yang benar
mengikut ajaran Islam, tidak mendekati, dipengaruhi dengan ajaran dan amalan
yang bercanggah dengan Islam, tidak mudah dinodai oleh gelombang ketaksuban
kuasa dan kelonjak metarial kemewahan! Tetapi kini Dato telah merapati
malah menyokong segala tindak tanduk Anwar yang semua tahu amat rapat
dengan segala kemaksiatan yang sangat dibenci ALLAH. Rela bersekongkol dengan
Menteri Pulau Pinang, dan Karpal Singh walaupun mereka berdua amat membencikan
Islam dan umatnya.
Dato'
Kalau Dato benar-benar TELAH terpengaruh dengan dakyah Anwar, Dato' hanya
pandai `bercakap dan memberi pesan semasa berkhidmat dahulu' sedangkan selepas
berkhidmat segala ajaran dan pesanan sendiri ingkari. Inikah `wajah'
ulama yang digelar pengarah KAGAT suatu ketika dulu yang perlu diberi
pengormatan dan pujiuan. Tidak keterlaluan kalau digambarkan seolah-olah
tindakan Dato ini umpama seorang ulama mengislamkan seseorang bukan Islam
akhirnya dia menjadi murtad! A'UZUBILLAH
Dato'
Apapun, kami bukanlah menyeru agar Dato menyertai mana-mana parti
pun. Yang penting Dato seharusnya mengekalkan imej ulama Dato yang bersih
dan bencikan kepada kemaksiatan, kekufuran dan ketaksuban. Penyertaan Dato
dalam PR hanya mengundang keburukan dan kebencian kami yang sebelum ini
meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap peganggan dan dan keyakinan
mengenai Islam. Jangan gadaikan nilai diri dan maruah dan kepribadian Dato
hanya kerana terpedaya tipu helah Anwar. Risikonya amat merugikan semua.
Akhirnya, kami mendoakan semuga ALLAH menunjukkan `jalan yang benar'
bukannya jalan yang salah lagi dimurkaiNya. Ingatlah kawan yang sebenar
bukannya Anwar kerana Anwar membuat umat Islam berpecah, bersengketa dan
bertelagah semasa sendiri demi politiknya yang kotor. berepeganglah
kepada perjuangan kesucian Islam bukannya parti yang mahu menghancurkan
akidah Islam dan kesuciannya.
Terima kasih, kerana membaca. wassalammualaikum warahmatullah.