Monday 24 August 2015

AZMIN ALI SUDAH GILA! POTONG AIR PERCUMA, JUAL HOTEL, PINDAHKAN RM37.65 BILLION KE AKAUN RAHSIA ?

Darul Ehsan Investment Group (DEIG) - Kebimbangan Kita

Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya dilihat memakan diri apabila berjaya mencipta kontroversi mereka sendiri di sebalik penubuhan DEIG yang diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang cukup meragukan.

Jika dilihat secara kasar dan dasarnya, penubuhan entiti pelaburan ini dilihat sama seperti penubuhan syarikat-syarikat lain yang mana ia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1967. Namun penubuhan DEIG dibawah akta itu menjadikan entiti tersebut menikmati status bebas daripada diaudit oleh mana-mana pihak termasuklah membentangkan kedudukannya untuk pengetahuan atau dibincangkan di peringkat DUN Selangor. 

Seolah-olah penuh dengan agenda tersirat, kewujudan DEIG itu sendiri mencetuskan seribu persoalan dari segi keperluan sebenar penubuhannya sama ada ia benar untuk meningkatkan prestasi pelaburan negeri atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan DEIG dilihat mencetuskan persoalan dan kebimbangan yang munasabah seperti: 

1. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994.

Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan ‘invisible’ yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri. 

Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan/atau penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya dan lain-lain keputusan secara amnya, selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syarikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usahasama pelaburan. 

2. Jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI? 

3. Penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan. 

Selain itu, kewujudan DEIG turut diliihat mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini. 

4. Kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI. 

5. Cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktivitipelaburan dan perdagangankerana tiadanya pemantauanyang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu. 

Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ianya akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu. 

Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures).

6. Penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan neger
i ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri. 

7. Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras.

Inilah kebimbangan kita yang sebenar.

Rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat DEIG milik individu bernama Raja SHhahreen Raja Othman Dan Soffan Afendi. Apakah hubungan mereka dengan Azmin sehinggakan syarikat bernilai RM2 dapat derma RM30 Billion?Rakyat Selangor tertipu, wang sudah dipindahkan RM30 Billion, Dan Azmin akan menghapuskan pemberian air percuma!
Ini sudah gila! Betul-betul gila! Memanglah DAP sedang berusaha nak gantikan Azmin kepada Wan Azizah, tetapi kenapa curi wang rakyat RM30 Billion?

Tuesday 18 August 2015

Christians to walk Bersih 4.0, the small bullying the big


Please keep an eye out on how the Christians, particularly evangelistas, are moving the Bersih 4.0 street protest. Columnist KJ John – below – urges Malaysiakini readers that Aug 29-30 is the “time to walk”.
Yup, it’s the Starbucks latte sippers and assorted CREEPY crawlies who are going to walk this time around. Note to the navel-gazing keyboard warriors tapping away in their Bangsar bubble comfort zone: Do remember that cultivating this culture of street demos may open the door to Malaysia’s own Arab Spring, yah. Be careful what you wish for.
http://www.malaysiakini.com/columns/308104

And below is KJ John with the National Evangelical Christian Fellowship (NECF)’s Rev. Wong Kim Kong and the DAP evangelistas. KJ John is an evangelical activist.
Berita-NECF-March-April-08-02
Another evangelical activist is Rama Ramanathan. Today – yet again – Rama expounded on the strategies of Bersih in his TMI column.Four days ago (Aug 9), he promoted Bersih 4.0 in his column in The Ant Daily that “street protests have merits too”. Like I’ve been saying, these evangelistas all but control the voices of public opinion in the English-language media.
Rama Ramanathan

Extremely prejudiced and angry people taking to the streets

A few days before that (Aug 5), Rama was published in TMI saying Bersih 4.0 is “a rally of the people … [where] we can vote with our feet for integrity and institutional reform in our nation”.
Separately, writing in support for the Christian-friendly New Hopers, Rama said, “The goal of state-sponsored Islam and PAS-sponsored Islam in Malaysia appears more aligned to repression of the population a la Saudi Arabia…”. He also revealed that “most” – in his circle of friends, obviously – consider PAS to be “Islamist” and Umno “racist” – see ‘My hopes for Gerakan Harapan Baru‘ (TMI, 30 July 2015).
BELOW: Rama standing behind Bersih chairman Maria Chin Abdullah and Toh Kin Woon
Bersih 4

And here are Christians/Chinese publicly plugging Bersih

And of course there are Hannah & the New Hopers who have promised to help mobilize a turnout for Bersih 4.0 in the absence of traditional organizers PAS.
New Hope montage

Mereka ada di merata-rata … sungguh merimaskan

For a population of “only 9 percent”, the presence of the Christians sure is being felt everywhere.
It’s not true that a minority can’t dominate a majority, you know. If the rich and powerful minority is super sneaky of top of being uber aggressive, then of course they can.
BELOW: Bersih activists (from left) Lawyer-for-Liberty Michelle Yesudas, loyar burok S. Ambiga, “barely a lawyer” Adrian Lim Chee En, Mohd Faddhli Abdul Jaid and Maria.
Bersih Adrian

Christian supremacists conquer vast lands

Portugal, a small Christian country, once conquered faraway Malacca with only a few ships.
The Netherlands, a small Christian country, colonized Indonesia, a sprawling archipelago.
Britain, a Christian country not all that ‘Great’ in size (the whole UK can fit into North America’s Great Lakes), ruled over the Indian sub-continent and had an empire spanning the globe.
Christian country Spain commanded an overseas empire too.
Christian country Germany had colonial possessions in Ghana, Mauritania and Benin.
Christian country Italy colonized Libya, a country almost six times bigger than itself.
Christian country France ruled over North Africa and still has territories in the Caribbean – Haiti, Trinidad and Tobago, among other islands in the West Indies, were former French colonies. France also conquered north and west Africa. Compare the humongous size of the areas previously under French domination with the actual size of France.
Belgium Congo
Even the very small Christian country Belgium maintained colonies in Africa – Congo, Rwanda and Burundi. See map above. Christian Europeans subdued China by making the Chinese addicted to opium. (The DAP evangelistas have subdued the Jerusubang Chinese by making them addicted to J-Juice.)
The weakened and debilitated China was famously said to have been “carved up like a melon” by the Christian powers. (No wonder China is today still so freaked out by her own emerging evangelistas.)

The moral of our history lesson is that “size does not matter” where bullying is concerned. The Christian supremacists are very aggressive conquistadors who have been bullying the natives everywhere in the world for the last half a millennia. I hope the Malays realise by now that the onset of anarchy will lead to the unravelling of their special “privileges”. On our home front, Education Minister Mahdzir Khalid has been getting flak daily from Malaysian Christians for his statement four days ago (Aug 9) that foreign Christians are pushing an agenda to destabilize Malaysia in the vein of how Syria, Iraq, Afghanistan, Tunisia, Algeria, Egypt and other Muslim countries are presently thrown into turmoil. The Malaysian Church is demanding an apology from Mahdzir while some Christians have asked for him to be sacked from the cabinet. I’m waiting for Perkasa to come out in support of their new-found evangelical sweethearts on this issue. Cat got your tongue, Ibrahim Ali?

Bagaimana Sarawak Reports Dapat Dokumen Akaun Najib?

 Satu persoalan besar bagaimana Sarawak reports dapat maklumat akaun peribadi Perdana Menteri? Pihak yang mempunyai akses terhadap akaun tersebut adalah para pegawai AmBank atau SPRM, kerana Bank Negara sudah membuat kenyataan melalui Gabenor bank tersebut, bahawa AmBank tidak membuat laporan berkaitan wang tersebut pada Bank Negara.

2. Pada 2 Julai The Wall Street Journal telah membuat laporan berkaitan wang yang dimasukan ke akaun Perdana Menteri, sedangkan sejak wang itu disalurkan ke akaun DS Najib pada 13 dan 25 Mac 2013, kurang sebulan sebelum pembubaran Parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan, tiada desas desus atau laporan mengenainya. Hanya kerana dtubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat 1MDB, maka keluarlah maklumat tersebut.

3. Pihak-pihak tertentu, memang mahu mensabitkan Perdana Menteri berkaitan kemelut 1MDB, atas sebab itu satu draf palsu telah direka sebagai alat untuk mendakwa Perdana Menteri, namun sebelum ianya diserahkan ianya berjaya dipintas, di mana akhirnya draf tersebut sebenarnya draf palsu, kerana ianya bukan draf lajim yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam negara. Jika Perdana Menteri tidak bertindak awal, kemudian draf pertuduhan tersebut berjaya dikemukakan kepada Mahkamah, sudah pasti, DS Najib perlu meletakkan jawatan.

4. Berkaitan dengan wang sumbangan yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri yang berjumlah USD700milion, kemudian kononnya, USD650milion di bawah keluar sepertimana laporan Sarawak Reports, ianya bertujuan untuk mengumpul persepsi negatif kepada Perdana Menteri, agar supaya rakyat percaya, bahawa wang tersebut bukan kegunaan parti, namun kegunaan peribadi Perdana Menteri.

5. Laporan Sarawak reports pada 14 Ogos, seolah-olah wang sumbangan USD650 milion tidak digunakan bagi kos jentera pilihanraya Barisan Nasional atau Umno akan tetapi membawa pengertian, bahawa wang tersebut akan digunakan secara peribadi oleh Perdana Menteri.

6. SR mensensaikan lagi berkaitan wang USD650milion, kononnya selepas dimasukkan semula ke Tanaore Financial di Singapura, akaun bank tersebut telah ditutup pada April 2014. Melalui dakwaan ini, maka timbul lagi satu persepsi ke mana wang itu disalurkan? sedangkan pada masa yang sama portal itu mendakwa, kononnya akaun tersebut dibekukan oleh kerajaan Singapura. Terlihat benar, laporan SR itu hanya satu laporan rekaan dan mengada-ada atau fitnah.

7.Mengapa SR boleh berbuat demikian? kerana tiadanya penjelasan berkaitan USD700milion (RM2.6bilion) daripada DS Najib sendiri. Jika adanya penjelasan berkaitan penggunaan wang tersebut, sudah tentu, SR tidak akan boleh merekayasa cerita karut.

8. Tugas utama DS Najib sekarang adalah memberitahu ke mana wang tersebut digunakan, melalui penjelasan tersebut, maka tiada lagi pihak-pihak yang boleh mendakwa berkaitan wang tersebut, termasuk Mantan Timbalan Perdana Menteri- TSMY dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

9. Jika benar, memang wang itu diagih-agihkan kepada parti-parti barsian nasional dan NGO mesra UBN, maka nyatakan, untuk menoktahkan berkaitan wang tersebut.

10. Pada masa ini, mencari siapa yang membocorkan maklumat akaun peribadi Perdana Menteri, sudah menjadi sejarah, kerana ianya sudah disahkan bahawa memang benar, sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

11. Damage has been done. Untuk menghilangkan persepsi, hanya satu tindakan, jelaskan kemana wang RM2.6bilion tersebut.

Monday 17 August 2015

Tony Pua Mahu Jatuhkan 1MDB Supaya Taukey Cina Untung?



1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah syarikat milik kerajaan yang bukan bertujuan menguruskan kekayaan negara. Ini bermkana 1MDB tidak menggunakan kewangan negara seperti mana Khazanah Nasional bergerak. Kerajaan hanya memberi modal permulaan sebanyak RM 1 juta dan jaminan ke atas bon 1MDB sebanyak RM 5.8 bilion.

Justeru serangan ke atas 1MDB seolah-olah syarikat terbabit bakal memufliskan negara adalah satu serangan tidak masuk akal.Katakan jika syarikat ini muflis, tanggungan kerajaan hanya RM 5.8 bilion iaitu sekitar 2.5% daripada bajet tahunan negara dan 0.25% daripada Rizab Negara. Ini dengan andaian 1MDB tidak mempunyai sebarang aset yang boleh dilunaskan untuk menjelaskan hutangnya. Kita semua tahu bahawa hutang 1MDB sekitar RM 49 Bilion, manakala aset 1MDB sekitar RM 51 bilion. Dengan kata lain, sekiranya 1MDB tutup hari ini ia masih mempunyai lebihan sekitar RM 2 bilion.

Katakanlah tuduhan dan tohmahan bahawa aset 1MDB dinilai lebih tinggi dari harga pasaran atau pun berlaku “force selling” menyebabkan nilai aset berkurangaan sehingga RM 40 bilion. Maknanya 1MDB kekurangan RM 10 bilion menyelesaikan hutang mereka. Kerajaan tetap hanya menanggung RM 5.8 bilion jaminan sahaja.
Namun ini hanya andaian bahawa ia akan muflis dalam masa terdekat. Nyata sekali jika ia muflis pun ia tidak akan menjejaskan kewangan kerajaan dengan serius seperti yang cuba digembar-gemburkan.

Sudah tentu ada yang sinikal akan bertanya, apa perlu wujudnya 1MDB? Apa perlunya mengambil risiko menjejaskan kantung negara?

Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mekanisme mengawal pasaran. 1MDB merupakan salah satu alat untuk membantu kerajaan menambah pendapatan pada masa hadapan dan juga sebagai satu saluran membantu kerajaan melaksanakan polisi-polisinya.Pengambil alihan beberapa janakuasa bebas dan penyertaan dalam pembinaan janakuasa elektrik baru merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan menstabilkan harga elektrik yang akan dibekalkan oleh Tenaga nasional Berhad. Kerajaan mahu mewujudkan keadaan situasi menang-menang antara IPP dan TNB. Keadaan ini tidak boleh dilaksanakan sebelum ini kerana pemain besar IPP adalah pihak swasta yang mementingkan keuntungan diri.

Selain itu, melalui pembangunan Razak Exchange yang dilaksanakan oleh 1MDB, kerajaan boleh memastikan penyertaan bumiputera dan Malaysia dalam hartanah bertaraf enam bintang ini akan terjaga berbanding jika ia dibangunkan oleh swasta.
Justeru, janganlah hairan apabila wakil rakyat pembangkang dari DAP seperti Tony Pua tidak bersetuju dan mencari jalan membunuh 1MDB. Ini kerana kejayaan 1MDB akan merupakan kejayaan untuk rakyat. Ini sudah tentu tidak bagus untuk pembangkang dan mereka yang mahu menjatuhkan Najib Razak. Untuk itu 1MDB mesti dirosakkan dengan apa cara sekali pun.

Terbaru ada khabar angin bahawa 1MDB akan membuat urusniaga dengan Tan Sri Ananda Krishna bagi menyelesaikan sebahagian pinjaman mereka di Maybank dan RHB. Laporan Reuters semalam menyebut bahawa Ananda Krishnan akan meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

Apa pun tindakan 1MDB ia merupakan keputusan perniagaan yang mereka lakukan mengikut keperluan dan kepentingan syarikat terbabit.
Justeru sangat aneh apabila Malaysiakini.com melaporkan bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu satu “penghinaan”, apatah lagi apabila syarikat tersebut mendakwa ia telah menebus semula pelaburannya sebanyak RM3.9 bilion di Kepulauan Cayman pada kadar tukaran semasa. “Berita itu penghinaan besar buat 1MDB dan amat memalukan kerajaan Malaysia,” kata Pua dalam kenyataan.
Pua seterusnyua membangkitkan bahawa pinjaman dari Ananda itu merupakan bukti bahawa 1MDB kini dipengaruhi jutawan berkenaan. MP tersebut turut menimbulkan kebimbangan bahawa 1MDB mungkin terpaksa memenuhi syarat pinjaman yang memihak kepada Ananda.

“Terutama sekali memandangkan 1MDB ada rekod yang buruk dalam mendapatkan pinjaman khas,” katanya. Apa motif Tony Pua ini? Beliau bukan pihak yang mempunyai maklumat mengenai perjalanan syarikat terbabit, apatah lagi mempunyai sebarang kepentingan secara langsung dalam syarikat ini.Campur tangan, kritikan jahat dan fitnah seperti ini sebenarnya merupakan permainan korporat besar untuk melingkupkan 1MDB dengan cepat. Dalam dunia korporat isu-isu seperti ini boleh menjauhkan rakan perniagaan dan pelabur dari 1MDB.

Inilah tujuan Tony Pua. Beliau mahu merosakkan imej 1MDB di kalangan masyarakat perniagaan tempatan dan luar negara supaya syarikat ini hilang kredebiliti dan kepercayaan.
Apabila imej 1MDB diburukkan secara berterusan pastinya ramai pelabur dan rakan kongsi perniagaan akan menjauhkan diri bagi mengelak kontroversi atau menjadi bahan serangan politik.

Syarikat sebesar mana atau sehebat manapun memerlukan rakan perniagaan dan pelabur dari semasa ke semasa. Inilah motif sebenar Tony Pua dan pemimpin politik pembangkang serta segelintir dalam Barisan Nasional yang anti- Najib Razak.
Dengan menjatuhkan 1MDB, sudah tentu Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Mohd Najib Razak perlu bertanggungjawab. Bagi dalam UMNO, ini memudahkan usaha menjatuhkan Najib Razak.

Bagi dalam Pakatan Rakyat, ini memudahkan menjatuhkan Barisan Nasional. Bagi ahli parlimen yang pro beberapa syarikat Konglomerat Cina, ini peluang untuk menangguk di air yang keruh jika 1MDB jatuh. Malahan sejak tahun lalu terdapat gosip bahawa Tony Pua menyerang 1MDB sebagai menjaga kepentingan YTL yang telah kalah tender dengan 1MDB. YTL merupakan salah satu pemain utama IPP pada zaman awal kemunculan perniagaan elektrik ini.

Memang ia sekadar gosip yang sehingga kini belum dibuktikan kebenarannya, namun rakyat perlu meragui Tony Pua kerana kelihatan kritikan beliau bukan lagi mahu menjaga kepentingan rakyat tetapi kelihatan sangat peribadi (personal) dalam “menyerang” 1MDB.
Justeru rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan seperti mereka di atas harus membenarkan 1MDB berjalan sehingga berjaya. Adalah tidak masuk akal kita mahu melihat 1MDB dihancurkan oleh ahli politik yang berkepentingan ini.
Kejayaan 1MDB akan memberi banyak peluang dan faedah kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Sebaliknya kegagalan 1MDB hanya menyaksikan pihak berkeprntingan yang meraih keuntungan, rakyat mungkin akan rugi lebih banyak.

1MDB akan mencatatkan keuntungan sebaik sahaja Razak Exchange mula dibangunkan secara intensif. Projek pembangunan ini dijangka menjana pendapatan sehingga RM 26 bilion apabila siap sepenuhnya.

Sehingga itu, rakyat Malaysia perlu beri ruang dan peluang kepada syarikat ini untuk beroperasi untuk kepentingan negara pada masa hadapan. Jangan terpedaya dengan agenda perkauman Tony Pua, agenda politik rebut kuasa dalam UMNO dan agenda politik Pakatan mahu menjatuhkan Barisan Nasional. Jika 1MDB jahanam, maka mereka yang bertanggungjawan harus memikul kesalahan, namun sehingga itu, mengapa kita hendak memusnahkan satu agenda yang baik? Janganlah kita sendiri yang memusnahkan 1MDB melalui serangan politik yang semberono.

SIAPA ZAIRIL KHIR JOHARI???

Selama mana Melayu harus ditipu....!!!...selama mana Melayu terus diperbodohkan...!!!

Zairil Tak Perlu Mengaku Melayu, Berdirilah Atas Platform Sendiri.
Seorang pembaca bernama Roselina Khir yg mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari pernah menasihatkan Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.
”Tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,”katanya ketika memberi komen artikel bertajuk “Zairil Bukan Anak Khir Johari.”
Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.
Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang ketika itu sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.
Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yg lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.
Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,”katanya.
Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yg sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim.
“Sebagai anak pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya,. Yg penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang muslim, membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yg lain yg ingin berpolitik.
“Biarlah roh aruah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,”katanya.
Allahyarham Pak Khir yg berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO. Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.
Zairil yg mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari.
Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku bahawa beliau adalah seorang anak Cina tulen dan kemasukannya dalam DAP serta kemenangannya dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) digembar-gemburkan sebagai mewakili Melayu.
Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP.
“Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnya dia anak Melayu?.
“Apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? Terlalu banyak persoalan yg peru dijawab. Apa lagi bila Zairil sudah terlalu banyak mencampuri urusan hal-ehwal orang2 Melayu.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’ ini.
Terlalu banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yg seolah2 merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.
Khabarnya Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China asli. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia.
“Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan?
Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan.
Status Zairil
Seorang penulis bernama ‘bunga’ pernah kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.
“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.
“Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,”katanya.
Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca di tunkuaisha.blogspot.com.
Biologi Cina
Menurut blog itu Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa.

Sunday 9 August 2015

Inilah pemimpin terbaik yang disebut dalam Hadis Nabi SAW.



Pernah dengar nama Muhammad Al-Fateh? Beliau lahir pada 30 Mac 1432 di Andrianapolis yang terletak di kawasan sempadan Turki-Bulgaria.

Sejak kecil dia sudah diajar menguasai pelbagai cabang ilmu agama termasuk politik, seni perang, bela diri, tasawuf dan banyak lagi.

Bahkan, beliau mampu bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Turki, Greek, Hebrew, Pari, Latin dan Serbia, menggambarkan betapa tinggi tahap kecerdasannya.

Muhammad Al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam pada tahun 1444 sewaktu berusia 12 tahun.

Pada usia 19 tahun, barulah beliau memegang jawatan khalifah secara rasmi, sebagai pemerintah empayar Turki Uthmaniyyah ke 7 dan digelar sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.

Pada zaman pemerintahan beliau, berlaku perluasan kuasa yang besar untuk empayar Islam. Malah, tokoh inilah yang akhirnya berjaya menakluki kota Kostantinopel, ibu kota empayar Byzantine yang sudah berusia 1,000 tahun.

Penaklukan kota yang merupakan benteng utama Kristian Ortodoks ketika itu telah dinyatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis berbunyi, "Kostantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Raja yang menaklukinya ialah sebaik-baik raja dan dibawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera." (Hadis riwayat Ahmad Bin Hanbal, Al-Musnad)

Rasulullah SAW telah mengungkapkan sedemikian 800 tahun sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya melaksanakannya.

Sebelum itu, sebelas misi ketenteraan menawan Kontantinopel dari era Khalifah Usman Bin Affan sehinggalah kepada kerajaan Uthmaniyyah (bapa Sultan Muhammad Al-Fateh) telah gagal menawan kota purba itu.

Hanya Sultan Muhammad Al-Fateh yang ketika itu baru berusia 21 tahun berjaya meruntuhkan kekebalan kota itu, sekaligus membenarkan hadis Rasulullah SAW ratusan tahun sebelumnya.

Nama kota itu ditukar menjadi Islambol yang bermaksud 'Islam keseluruhannya', dan kini dikenali sebagai Istanbul.

Beliau juga yang menukar gereja besar di kota itu menjadi masjid Aya Sofia (kini menjadi muzium).

Melalui penaklukan itu, Islam tersebar ke Bosnia, Hungry, Serbia, Albania dan negara-negara sekitarnya.

Selepas berjaya menakluki Kostantinopel, sampai masa kali pertama tentera Islam mengerjakan solat Jumaat di situ.

Namun, timbul persoalan, siapa yang akan menjadi imam?

Lalu Sultan Muhammad Al-Fateh bertanya kepada tenteranya, "Siapa yang pernah meninggalkan solat fardu, sila duduk." Tiada seorang pun tenteranya duduk.

Beliau bertanya lagi, "Siapa yang pernah meninggalkan solat rawatib selepas baligh, sila duduk." Sebahagian tenteranya duduk.

Beliau bertanya lagi, "Siapa yang pernah meninggalkan solat tahajjud selepas baligh, sila duduk." Semua tenteranya duduk.

Lalu, Sultan Muhammad Al-Fateh mengimamkan solat Jumaat pertama di kota itu kerana dia tidak pernah gagal menunaikan ketiga-tiga solat itu sejak beliau akil baligh.

Kerana itulah beliau digambarkan sebagai sebaik-baik pemimpin dalam sejarah empayar Islam.

Subhaanallah..

ANTARA PPRINSIP DAN KUASA - RIDUAN TEE

Selaku anak jati perak,  saya amat geram apabila ultra kiasu mempertikaikan, malah menentang, perkara baik-baik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perak, misalnya menyediakan kerusi khas untuk pasangan yang sudah berkahwin dan melarang mereka yang masih belum berkahwin duduk berdua-duaan ketika menonton wayang. Ini nilai-nilai baik, ajaran semua agama.
Semua kalangan kita pernah menjadi muda remaja. Kita tahu keadaan panggung wayang. Suasana gelap dan romantik. Masa itulah tangan akan berjalan-jalan, sama ada menyentuh mesra atau meraba. Apatah lagi jika cerita tersebut seram dan romantik.
Jika seram, pasangan akan dipeluk. Maklumlah perempuan takut dengan hantu. Bila cerita romantik, maka tangan mula meraba-raba. Ultra kiasu amat arif tentang perkara ini, sebab itu mereka menentang.
Perkara baik-baik sebegini tidak perlulah mendapat pendapat awam (public opinion). Kuatkuasakan sahaja. Tidak perlu takut, walaupun digertak ultra kiasu, yang mahu pihak berkuasa fokus pada perkara yang lebih penting seperti memberi khidmat lebih efisien kepada pembayar cukai, soal kebersihan dan lain-lain.
Hak untuk menjadi efisien itu, teruskanlah. Tidak siapa yang larang. Tetapi pada masa sama, amar makruf nahi mungkar kena beriringan. Tiada gunakan prasana tip top, jika manusia berkelakuan seperti haiwan. Sebab itu Konosuke Matshushita memberi nasihat, making people, before making products. Tidak hairanlah produk Jepun tahan lasak, kerana mereka membina insan terlebih dahulu, sebelum produk.
Kata-kata ini amat bertepatan dengan nilai-nilai Islam. Insan itu perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Sebagai seorang yang mengaku beragama, sepatutnya kita menjadi insan, paling kurangpun dapat menguasai asas-asas hidup beragama. Jangan biarkah diri kita jahil, sehinggakan tidak ada panduan dalam hidup. Bertindak dan bercakap sesuka hati.
Realiti yang berlaku hari ini amat mendukacitakan. Pemimpin bercakap sesuka hati tanpa panduan dan landasan. Apatah lagi bila bercakap soal berkaitan agama. Misalnya, apakah salah berpeluk cium dalam lakonan asal hati baik dan bukan real pun?
Sebab itu dari dahulu saya katakan, jika tidak tahu, tanya orang yang lebih tahu. Atau lebih baik diam daripada berkata-kata atau mengeluarkan pendapat.
Ahli falsafah Cina adalah berkata, jika mahu menjadi pemimpin, pastikan rumah tangga dapat dijaga dengan baik. Bagi memastikan rumahtangga dalam dipimpin dengan, diri sendiri perlu menjadi baik. Bagi memastikan diri sendiri boleh baik, pastikan hati dipimpin dengan baik. Nak pastikan hati dijaga baik, asasnya adalah ikhlas.
Hari ini jarang jumpa pemimpin yang ikhlas. Kebanyakan menjadi pakar bodek. Sekelip mata berubah. Bagaimana kita mahu mengharapkan keadaan menjadi lebih baik.  Ini sokong membawa rebah.
Perkara ini juga berlaku dalam Pas, bila mana pemimpin  mereka memperlekehkan baiah yang mereka tandatangani dengan memberi berbagai alasan agar baiah tersebut terbatal. Jika sudah tahu baiah tersebut mengikat, tidaklah perlu tandatangan, atau menjadi calon Pas. Carilah parti lain. Ini tidak, bila dapat menang dan dapat kuasa. Sukar untuk dilepas. Maka, apabila sudah terikat, maka dicari jalan sedaya upaya untuk membebaskan ikatan tersebut. Mana boleh.
Kuasa itu amanah parti dan negara. Taat setia perlu ditumpahkan selagi berada di landasan benar. Sebab itu, saya ucapkan tahniah di atas, perlantikan Zahid Hamidi sebagai TPM. Saya amat bangga. Ketika menjadi menteri di JPM, ramai yang memuji Zahid kerana ketegasannya dalam isu-isu Islam. Begitu juga ketika menjadi Menteri Pertahanan dan Dalam Negeri. Sudah tentu rakyat menaruh harapan yang tinggi. Apatah lagi Zahid mempunyai asas yang kukuh.
Saya tidak fikir TPM baharu ini akan bercakap semborono seperti segelintir menteri lain. Bercakap tanpa asas. Saya harap Zahid akan bertegas dalam perkara prinsip dan asas. Jangan takut berhadapan dengan serangan ultra kiasu.
Selagi kita di landasan yang benar, rakyat terjamin, kita tidak perlu takut dan tunduk kepada tekanan. Yakinlah, jika kamu tolong Allah, nescaya Allah akan tolong kamu.
Sama juga usaha murni kerajaan Perak ini. Saya harap, kita tidak akan tunduk. Jika ultra kiasu mahukan kerosakan dan kebebasan tanpa had, biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Paling penting, mereka yang mahukan kebaikan, mesti diselamatkan dari tangan-tangan jahat ini.
Saya amat yakin, kerajaan negeri Perak, dengan sokongan TPM, akan terus aman jaya, aman maju, makmur dan sejahtera. Saya amat yakin jika Gautama Buddha masih hidup, begitu dengan pemimpin agama yang lain, mereka pasti akan bersetuju dengan keputusan ini.
Justeru, janganlah ditanya lagi kepada ultra kiasu tentang perkara baik yang mahu dilaksanakan. Teruskan. Saya selaku rakyat marhaen, pasti akan menyokong. Carilah redha Allah, tidak perlu cari redha manusia. Redha Allah pasti akan memenangkan kita buat selama-lamanya, habuan akhirnya syurga, tetapi redha manusia belum tentu.
Biar penat di dunia, rehat di akhirat. Jangan sampai rehat di dunia, penat di akhirat. Paling baik rehat dunia rehat akhirat. Jangan sampai penat dunia, penat akhirat.

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA