Sunday 7 June 2015

Buktikan Kepimpinan Anda - Ulama'...



MUKTAMAR 2015
 
1. Keputusan perwakilan PAS memilih pemimpin mereka adalah proses demokrasi dan syura perlulah hormati. Kalau dahulu Mat Sabu boleh menang orang terima, begitu juga kemenangan calon pro ulama kali ini perlu diterima seluruh ahli dan pihak luar. Sebenarnya tidak tepat menggelarkan mereka itu sebagai profesional sebaliknya mereka hanyalah ahli PASMA.

2. Swing vote (peralihan undi) yang besar kepada calon pro ulama ini adalah kehendak ahli untuk menguatkan PAS sendiri daripada anasir luar yang sering tidak wala’ kepada PAS tetapi sibuk melebihkan PR daripada parti sendiri, sehingga cair dan seolah menjadi ejen DAP dan PKR.

3. Keputusan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam PR dilihat satu tindakan yang bijak. Ini kerana sememangnya DAP sangat melampau menentang Islam dan telah nyata kebencian terhadap segala syiar dan hukum Islam. Jadi tidak patut PAS bersekongkol dengan parti cauvinis ini. Tindakan DAP yang masuk campur dalam pemilihan calon PAS secara terang-terangan juga tidak boleh diterima sebagai rakan seperjuangan. Jadi amat wajar Dewan Ulama PAS memutuskan hubungan dengan musuh Islam DAP ini.

4. Kekal dalam PR pula boleh dipandang dari dua sudut, Pertama, PAS tidak sekali-kali keluar kerana komited kekal sebagai pakatan pembangkang. Ini untuk menidakkan sebarang tuduhan berkait kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN seperti yang dimomokkan paksi PASMA dalam PAS. Kedua, membendung sebarang splinter parti baru bersama PR. Berkemungkinan usul parti Islam baru hasil daripada paksi PASMA, mungkin dengan nama PASMA atau nama lain. Baru-baru ini timbul idea Parti Progressif Ihsan (PPI), idea Ustaz Hasrizal Jamil. Penubuhan parti baru ini tidak dapat dielakkan jika tentangan terhadap pro ulama terlalu kuat. Perlu diingat juga DAP dan PKR juga berkemungkinan menaja parti baru ini sebagaimana mereka begitu menyokong PASMA. PAS tidak boleh keluar PR untuk membendung kemungkinan parti Islam baru dalam PR.

5. Barisan kepimpinan baru PAS walaupun digelar pro ulama namun langsung tidak bermakna ianya jumud, mundur, tidak profesional dan sebagainya. Tetap ada golongan profesional seperti Iskandar Samad, Ir Hj Khairil Nizam dan beberapa lagi nama. Golongan ulama pula tidak semestinya tidak boleh profesional dan strategik. Mereka perlu membuktikan keupayaan mereka dalam merangka strategi dan visi serta gerak kerja tersusun dalam kerangka Islam yang syumul, bukan semata-mata mileage politik.

6. Rata-rata rakyat yang menyokong PAS gembira dengan keputusan muktamar PAS ini. Ini kerana mereka percaya pimpinan ulama ini lebih bersih dan dipercayai. Rakyat Melayu Islam pula sudah muak dengan korupsi yang berlaku, kebiadapan pihak sekular, liberal seperti DAP yang sentiasa mengganggu sensitiviti umat Islam. Diharap PAS lantang melawan pihak begini dan tidak lunak atas nama kawan pembangkang.

7. Golongan bukan Islam sepatutnya tidak perlu risau dengan PAS kerana PAS komited dengan kerajaan yang adil dan bebas rasuah. Isu hudud tidak perlu diperbesarkan kerana hudud adalah baik untuk semua rakyat Malaysia. Hudud adalah sistem pilihan terbaik untuk membendung masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang sekarang ini. Ambil masa untuk mengkaji dan memahami. Majoriti umat Islam mahukan hudud bukan kerana mereka suka menghukum, tetapi mereka cintakan negara yang aman, adil dan maju.  Petikan dari Alwi Adam.

No comments:

Post a Comment