Thursday 31 October 2013

Tahniah Melayu Mazlyn Dibeli Gunapakai Sebagai Barua Pelapis DAP

PPM ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Mazlyn kerana menjadi melayu yang dibeli dan digunapakai sebagai barua pelapis baru DAP. Keikhlasan dan kesungguhan anda cukup mengujakan kerana anda telah bersedia mengorbankan Agama Bangsa Negara kamu dengan hanya memahami kulit luar DAP.
Ini antara luahan peribadi Mazlyn demi menghalalkan diri sebagai barua DAP.
Pada pendapat saya, sesuatu yang dahsyat berlaku dan bukan sahaja daripada segi keputusan pilihan raya, tetapi juga kata-kata yang dikeluarkan sesetengah pemimpin yang jelas menunjukkan sifat perkauman. Saya amat terkejut dan tidak menyangka keadaan boleh menjadi seteruk itu. 
Rasa tertipu dan tidak puas hati sebagai rakyat biasa telah memberi saya semangat berjuang dan bahan tulisan yang saya tidak akan jemu menulis kerana ia adalah soal kebenaran. Sehingga Malaysia dapat mengamalkan sistem demokrasi yang benar-benar adil, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang benar-benar bebas dan pilihan raya yang telus dan diyakini oleh rakyat; saya tidak akan rasa senang. 
Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber manusia dan sumber bahan asli. Kita mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat dunia kerana mempunyai rakyat yang berpendidikan dan infrastruktur yang baik. Namun begitu, ada sesuatu yang menjadi penghalang kepada semua ini, dan bagi saya ia adalah kerajaan dan polisi yang terlalu banyak membabitkan rasuah, penyelewengan dan kronisme. 
Malaysia impian saya hanya akan tercapai jika lebih ramai rakyat mengambil berat mengenai politik dan berkecimpung dalam bidang ini untuk membawa perubahan. 
Saya membuat keputusan untuk menjadi ahli parti politik. Semasa saya menimbang-nimbang parti politik mana yang ingin saya sertai, saya sering ditakutkan oleh seorang rakan yang berkata kononnya orang Cina ingin mengambil alih negara. Mendengar kata-kata itu saya langsung membuat keputusan untuk menjadi ahli DAP. 
Saya amat beruntung kerana diperkenalkan kepada ahli DAP yang berwibawa oleh rakan di bidang perubatan. Saya dapat rasakan ini adalah keputusan yang baik dan peluang yang tidak akan saya sia-siakan supaya suatu hari nanti, anak-anak saya akan mewarisi Malaysia impian saya.
Inilah melayu yang teperuk dalam tempurung yang tiba-tiba laungkan kesucian DAP tetapi cuba kita bandingkan penulisan ini.
Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. rujuk sini untuk 13 posting kejahatan DAP
Atau bagaimana pula pendedahan dari warga China terhadap rancangan dan muslihat CINA DAP MALAYSIA.
BACA APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA MALAYSIA:
Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.
Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis: Baca 7 sebab yang diberi disini
Atau bagaimana kita ambil tahu kenapa Tunku Aziz yang merupakan melayu pernah memegang jawatan tertinggi dalam DAP keluar meninggalkan DAP walaupun ditawarkan dengan pelbagai ganjaran. Tunku Abdul Aziz meletak jawatan Naib Pengerusi DAP dan bertindak keluar daripada parti itu dua hari lepas selepas dikecam kepimpinan parti itu kerana mengkritik DAP yang terselah dengan sistem kuku besi. Pernahkah Mazlyn mengkaji kenapa ini berlaku?
Atau bagaimana pula dengan Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak keluar daripada parti DAP. Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.'
Menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemimpin ala-Hitler yang memimpin parti itu secara kuku besi bersama bapanya Kit Siang.
"Parti DAP bukanlah tempat orang Melayu berlindung, tetapi sebaliknya dipergunakan secara senyap dan halus untuk memuaskan hawa nafsu pemimpin mereka.
"Malah penggunaan istilah amar makhruf nahi mungkar hanyalah diperdagangkan oleh Lim Guan Eng dengan niat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," kata beliau.
Atau bagaimana dengan seorang lagi ahli Melayu DAP yang asalnya dibawa masuk ke dalam DAP oleh Theressa Kok.
PULAU PINANG 22 Julai 2011. Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini mendakwa dia sekali lagi menerima ugutan bunuh daripada orang tidak dikenali, semalam. 
Beliau yang dipecat daripada DAP pada 6 Julai lalu mendakwa diugut sekali lagi menerusi panggilan telefon kira-kira pukul 10.05 pagi.
Pada 2 Jun lalu, Mohamed Razali, 42, pernah menerima ugutan bunuh menerusi nota ditulis atas sekeping kertas yang diletakkan di depan pintu rumahnya.
Dalam panggilan yang diterimanya semalam, Mohamed Razali mendakwa seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu mengugut akan melakukan sesuatu terhadap dirinya jika beliau mendedahkan rahsia parti.
"Pemanggil itu berkata begini: Hang jangan dok dedah apa pun. Hang baru hilang kerja. Lepas ni hang pulak nanti hilang. 
"Saya percaya ugutan ini ada kena mengena dengan kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini hari ini.
Selasa lalu, Mohamed Razali melahirkan hasrat untuk mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu. 
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. 
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu. 
Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.
Beliau berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan
Sekarang Theresa Kok yang juga membawa masuk Mazlyn. Jadi dimana silap jika Dr Mazlyn dilebel barua pelapis baru DAP. 

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/10/tahniah-melayu-mazlyn-dibeli-gunapakai.html#ixzz2jMY86Ur1

NTRODUCTION


My name is Peter and I am a member of DAP Johor since 1998. The reason I join DAP is because I believed DAP is a genuine fighter on democracy for all Malaysian. Even my self , a degree holder , well educated person falls in their lies and deception. DAP is not fighting for Malaysian , they are fighting for Lim Dynasty.
As I am openly opposed The Lim Dynasty especially on CEC fraud , my life now is a living hell. Lim Dynasty breeding Tugs often harassed me. At this moment , I have to leave Malaysia and find asylum in Indonesia. I am safe here and will continue what I have started . The fighting will be from the distance to ensure that Malaysian knows how evil Lim Dynasty is.
Today , I will start writing and exposed the fraud on CEC . I will also expose on how Lim Dynasty , Tony Pua and Anthony Loke manipulate the votes on CEC to secure their power in DAP.
I have decided also to write this article in both Bahasa Malaysia and English. My fellow compatriot , a friend of mine and he is a Malay chap who has served DAP Assemblyman before as a Special Officer will help me to translate the writing to Bahasa Malaysia. The reason for this blog using both Bahasa and English is to ensure all Malaysian knows the fraud that Lim Dynasty has done with all the deceptions and tactics made by them all this while to reign power in DAP.
PENDAHULUAN 

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam Bahasa Malaysia untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 
Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

Saturday 26 October 2013

Bekas PM Australia Bosan dengan orang Cina Australia…!!!

1. Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asalAustralian yang berjuang mendapatkan kebebasan.

2. Bahasa:Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa Cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang Cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa Cina. Sikap kamu orang Cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa Cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.
3. Agama:Kebanyakan Australian percaya kepada God (Kristian). Kenyataan ini bukanlah kerana semata mata hendak menyebarkan dakwah agama Kristian atau kerana politik. Tetapi hakikatnya negara ini diasaskan oleh orang-orang Kristian, prinsip-prinsip Kristian, dan ini telah dijelas didalam perlembagaan negara Australia. Ia sudah pasti sesuai dan menjadi keperluan untuk dipaparkan di dinding setiap semua sekolah di Australia. Mengapa sudah ada suara suara dari orang Cina untuk menuntut hak yang sama supaya dipaparkan juga agama budha?

4. Pendidikan:Orang Cina yang menetap disini sepatutnya tidak boleh menuntut hak yang sama atau dengan sengaja mempersoalkan mengapa perlu berbahasa inggeris dan menghormati agama Kristian disini. Jika perkataan God (Kristian) itu menyinggung anda, maka saya selaku bekas Perdana Menteri mencadangkan anda orang cina perlu mencari negara lain untuk menetap. Ini kerana perkataan God (Kristian) adalah salah satu bahagian didalam adat yang dipraktikkan di Australia ini.
5. Kami akan menerima kepercayaan anda, dan tidak akan mempersoalkan mengapa. Apa yang kami minta ialah anda menerima kami sebagai penduduk asal Australia, dan hiduplah dalam suasana harmoni dengan kenikmatan yang telah kami kongsikan.

6. Ini adalah NEGARA KAMI, TANAH KAMI iaitu Australia. Kami Australian yang memboleh serta membenarkan anda orang Cina peluang untuk menikmati kehidupan di Australia ini. Tetapi apabila anda orang Cina telah selesa di negara kami, mengapa anda tiba-tiba mengadu dan merengek? Jika kamu orang Cina merasakan ini semua tidak adil tentang Bendera negara kami, Perlembagaan kami, cara kami membelanjakan wang yang fokus kepada penduduk asal, mengenai agama Kristian kami, cara hidup kami, kerajaan kami, saya rasa selaku bekas Perdana Menteri Australia memberi pintu terbuka kepada mana-mana orang Cina untuk keluar dari negara ini dan pilih negara yang lebih bebas yang dapat menerima semua permintaan kamu ini.

John Horward.Ex-Prime Minister, Australia.
Persoalan nya.... Adakah Ketua Pemuda, Wanita & Puteri UMNO Malaysia yg baru berani 'menegur' kaum cina di Malaysia spt ini?
Apa yg dikatakan oleh John Horward....sama spt di Malaysia, dan sudah tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.....

Wednesday 23 October 2013

NAK TAHU RAHSIA PAS.....JAHANAM!!!!

CATATAN DARI PECAH PALAK MIKIR.....Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar.  Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan. 
Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar  perlu dilakukan.
Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan  untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang  calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah. 
Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun  dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? 
MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan  meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan  Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan".  Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".
Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas. 
Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali. 
Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.
Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan  Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur. 
Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long  he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off".  Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.
Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok." 
"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah. 
Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar,  bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.
Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk.  Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan  membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu". (PPM Note.. cam tak sabar je puak-puak ni mendoa..)
Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan  qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.
Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah. 
Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.
Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.
Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur.  Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.
Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!
Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok! sumber
Bergitulah sistuasi Azizan dalam keadaan nazak sehingga akhir hanyanya. masih ada yang suka memaki hamun kerana Qada dan Qadar menentukan Kedah jatuh kepada BN. Dan sekarang pandai pula mereka cuba memperalatkan nama arwah hanya untuk memenangi PRN Dun Sungai Limau. Anda percaya ke tidak jika PRN Dun Sungai Limau PAS menang nama arwah akan dilupakan dan jika sebaliknya lebih berganda-ganda diabaikan.

Sunday 20 October 2013

KENAPA MASIH ADA YANG BUTA HATI DAN JIWANYA KERANA DAP....

Petikan ceramah Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas ....

Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country?".

Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

They said “we are going to pray in Bahasa Malaysia".

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it is more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.
We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they are talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all is the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way.

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn.

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

I asked one of my 'students' who is studying Usuluddin in Cairo ro clarify the hot issue. He gave this

Monday 7 October 2013

DAP AKAN BUAT PEMILIHAN CEC UNTUK KALI KEDUA????

Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP yang terbaharu ini, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee yang telah dipecat daripada parti itu kononnya menghadirkan diri sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?

Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April 2013 kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya. Wanita ini marah benar dengan DAP sehingga berhajat membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal. Akhbar The Star bertarikh 1 Jun, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.

Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun Jenice tidak merayu. Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?

Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC DAP sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??
CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?


 
DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP
Keratan akhbar Sinar Harian 22 April 2013. 

Persoalannya... 

Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?  

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?
Adakah pemecatannya dahulu tidak sah?
Boleh pulak dia mengundi?
Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni? 

Rakan blogger MYMASSA memberikan penjelasan panjang lebar mengenai persoalan mengapa bekas ADUN Teratai, Janice Lee yang dipecat dari parti akibat bertanding sebagai calon bebas, boleh mengundi semula pada pemilihan CEC DAP kali ini ?

Ada pendapat mengatakan bahawa pemecatan bekas ADUN Teratai pada 22 April 2013 sebagai tidak sah memandangkan pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember 2012 juga telah terbatal setelah DAP sendiri tidak mengikut Undang-undang Tubuh parti itu.

Dari aspek teknikal, memang benar Janice Lee masih lagi menjadi ahli DAP dan layak mengundi setelah diberi peluang.

Bagaimana pula dari sudut Undang-undang Tubuh DAP, Perlembagaan DAP ...



Bekas ADUN Teratai Jenice Lee Ying Ha hari ini telah memfailkan saman terhadap DAP di atas pemecatan beliau dari parti. Lee, 33, yang memfailkan saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Mahkamah Tinggi Sivil, telah menamakan Setiausaha Agung Lim Guan Eng sebagai defendan.

SUMBER : MALAYSIA-CHRONICLE





Perlucutan keahlian

Seseorang ahli yang telah dikenakan apa-apa tindakan yang diambil menurut Fasal Kecil 13(a) di atas tidak boleh membawa tindakan dalam mana mana Mahkamah:
i. Untuk menentukan kesahan dari segi undangundang atau soal kewajaran tindakan atau keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas.
ii. Terhadap Parti atau terhadap Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Kecil Khas atau seseorang ahli jawatankuasa-jawatankuasa di atas atas sebab apa-apa tindakan yang berbangkit dari perbicaraan yang dijalankan di bawah Peraturan ini.


(d) Seseorang ahli: 

i. Yang merupakan serta didapati atau diisytihar sebagai orang tidak siuman; atau
ii. Yang diisytihar muflis; atau
iii. Yang disabit kesalahan yang melibatkan unsur-unsur ketidakjujuran atau keburukan moral oleh mana-mana Mahkamah; atau

iv. Yang memulakan prosiding di mana-mana Mahkamah atas apa jua perkara berhubung Parti tanpa terlebih dahulu menghausi segala saluran-saluran yang sedia ada dalam Parti; 


akan berhenti menjadi ahli Parti dengan serta-merta.


Tindakan bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang mengheret DAP [ jika sekalipun pemecatan beliau tidak sah dan masih bergelar ahli DAP ] dalam mana-mana prosiding mahkamah, atas apa-apa jua perkara berhubung dengan Parti [ DAP ] ... Sekaligus menyebabkan beliau BUKAN LAGI AHLI DAP YANG SAH. 

Jadi dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri, Jenice Lee bukan lagi ahli DAP pada 5 Jun 2013.

Dakwaan bahawa bekas ADUN Teratai ini adalah PENGUNDI HANTU mempunyai merit yang besar dari sudut Perlembagaan DAP itu sendiri.

Maka, pemilihan CEC DAP yang berlangsung semalam adalah TERBATAL dengan sendirinya berdasarkan KECUAIAN DAP memberi izin kepada BEKAS AHLI untuk mengundi.

ROS mempunyai MERIT untuk mengarahkan PEMILIHAN SEMULA DILAKUKAN ...SUMBER PEJUANG MELAYU.