Sunday 28 April 2013

Renungilah.......



MAHUKAH ANDA MEMILIH PEMIMPIN YANG MELIWAT DAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEJENIS SEBAGAI PEMIMPIN?

Mari, renungi bersama-sama..

Surah Ali Imran - Ayat 61 diantaranya bermaksud “kemudian marilah kita bermubahala kepada Allah dan kitaminta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.
Ayat diatas amat releven dengan apa yang telah berlaku kepada salah seorang Ketua Pembangkang yang telah dilaporkan berkali-kali melakukan pelbagai kegiatan sumbang yang dila’nat Allah SWT, seperti perhubungan sejenis, meliwat, berzina dengan isteri orang (sehingga melahirkan anak) dan dengan pelacur. Beliau mendakwa bahawa kesemua itu adalah fitnah dan mendakwa ia satu konspirasi jahat oleh pihak UMNO untuk menjatuhkan beliau, walaupun pelbagai bukti kukuh dikemukakan kepada umum. Ramai diantara pengikut amat taksub telah terpedaya dengan `hujah serta lakonannya' lalu mempercayai kata-kata beliau bahawa beliau telah difitnah. Surah Al-Israa Ayat 72 yang bermaksud “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini,niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”.Dan juga Surah Al Ahzab Ayat 67 yang bermaksud “Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)”.

Persoalannya,  jika pemimpin benar tidak melakukannya, mengapa beliau takut  bermubahalah (sumpah laknat)  seperti yang dilakukan oleh kesemua mereka yang menuduh beliau, diantaranya Azizan, Umi Hafilda, Saiful dan Dato Eskay. Mengapa beliau menghalang pihak berkuasa menjalankan ujian DNA terhadap diri beliau dan anak yang didakwa anak beliau. Untuk membersihkan nama beliau, Ketua Pembangkang tersebut saharusnya turut sama bermubahalah dan bukan mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Kata pepatah “berani kerana benar takut kerana salah”. Tetapi beliau enggan melakukannya dan sebaliknya timbul lagi cerita-cerita baru dari masa kemasa dengan  beliau berselindung dibelakang tabir yang sama kononnya ada “fitnah dan konspirasi” terhadap diri beliau. Tidak cukup itu, dalam keadaan tersepit beliau terpaksa memperalatkan ulama tersohor seperti Dr Yusuf Qaradawi untuk menutup kemungkaran beliau. Sekiranya beliau di pihak yang benar, beliau tidak perlu berbuat demikian, kerana Allah SWT tetap akan bersama beliau.

Disini, diriwayatkan suatu kisah benar yang berlaku di zaman Khalifah Saidina Umar untuk renungan bersama. “Diadukan kepada Khalifah Umar seorang budak yang telah membunuh tuannya. Lalu Khalifah Umar memerintah agar budak itu dibunuh. Sebaliknya atas cadangan Ali, siasatan telah dilakukan terlebih dahulu dan budak tersebut telah mendakwa bahawa beliau terpaksa membunuh tuannya kerana tuannya telah memaksa dan meliwat beliau. Dari hasil siasatan itu Ali perlu mendapatkan bukti terhadap dakwaan tersebut. Lalu beliau menasihati Khalifah Umar supaya menangguhkan hukuman beliau selama tiga hari selepas tuan yang dibunuh itu dikebumikan. Di hari keempatnya, Ali telah menjemput Khalifah Umar serta keluarga simati kekubur serta memerintah supaya  kubur simati digali semula. Hasil dari galian tersebut, mereka mendapati mayat simati sudah tidak ada didalam liang lahad dan cuma tinggal kafannya sahaja. Lalu Ali berkata “Allahu Akhbar Allahu Akhbar, demi Allah aku tidak pernah berbohong dan dibohongi. Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda “ Barang siapa diantara umatku ada yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth kemudian dia mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka dia tidak akan tinggal di liang lahad lebih dari tiga hari kecuali bumi melemparkannya ke golongan kaum Luth yang telah binasa. Dia kelak akan dibangkitkan bersama mereka”. Tempat yang dimaksudkan itu bernama Sodom (terletak di selatan Dead Sea), asalnya perkataan sodomy. 

Pengajaran dari peristiwa tersebut, semua umat Islam, termasuk penyokong-penyokong Pas dan PKR, terutama mereka yang taksub supaya merenunginya, takut-takut nanti mereka akan turut dikumpulkan bersama kerana bersekongkol dengan manusia yang seperti itu, apatah lagi memilih beliau sebagai pemimpin mereka. Sedangkan pemimpin mereka  itu akan berada  bersama-sama kaum Nabi Luth as. Dalam hal ini diyakini tiada seorang ulama yang tersohor sekali  pun akan dapat menyelamatkan mereka. Ayat 71 Surah Ali Imran yang bermaksud “(ingatlah) suatahari (yang di hari itu) Kami panggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka tidak dianiayanya sedikitpun”.

Oleh itu, berhati-hatilah apabila memilih pemimpin masa depan negara. Ingat! mereka yang akan dihimpunkan bersama-sama kaum Nabi Luth as perlulah dijauhi. Dengan memilih beliau dan memilih mereka yang bersekutu dengan beliau dikuatiri anda akan turut dihimpunkan bersama-sama mereka nanti.


Saturday 27 April 2013

Pembangkang Tipu Punya Orang....Haji Hadi Awang



Akhbar the New Straits Times
melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.
Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok. Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat. Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan. Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan.

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai. PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati. Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat. Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’.

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas. Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita. Inikan pula menjadi kerajaan. Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan. Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan.

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini. Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri.

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius. Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka. Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua.

Friday 26 April 2013

BUKAN SAHAJA `BERWARNA JAHAT' MALAH MEMANG JAHAT



Bila Negara itu ditadbir dengan warna jahat, maka coraknya sudah tentu tidak cantik bahkan huru-hara jadinya. Persoalannya, bagaimana mata yang melihat ini menafsirkan warna itu baik atau jahat? Padahal mata kita semua sama sahaja. Jika berpandu pada ilmu sains, bila kita melihat sesuatu, mata akan mendapat signal lantas dipacu terus ke sel-sel otak untuk membuatkan kita mendapatkan output atau tafsiran yang akan diterjemah pada mulut.
Tapi…adakah sel-sel otak kita ini berbeza-beza setiap orang? Sehinggakan wujud dua penafsiran sama ada warna itu baik atau buruk.

Inilah realiti masyarakat di setiap Negara, baik di eropah, asia atau timur tengah atau di mana-mana sahaja Negara, perkara ini pasti wujud. Manusia ini sebenarnya tidak kenal bahkan tidak ingin ambil tahu fitrah kewujudan manusia sebenar di atas muka bumi ini. Bukankah kita semua baik-baik belaka sama ada yang menganut agama Islam atau lain-lain agama, semuanya semasa di alam roh telah taat janji setia untuk senantiasa menyembah Allah SWT yang Maha Esa? Semua manusia itu lumrahnya punyai sifat yang sangat baik tiada kotornya.

Maka dengan itu, manusia ini sebenarnya mampu melihat warna Negara nya sendiri dengan menselarikan dengan fitrah manusia. Jikalau negaranya itu bergelumang dengan rasuah, adakah masih kita ingin katakan Negara kita itu bebas dari rasuah? Semata-mata ingin melihat warna Negara nya sendiri tidak dicalar padahal ianya sudah calar-balar.

Politik itu ilmu. Ilmu mentadbir. Bila disebut ‘ilmu’ sudah tentu ianya datang dari Allah SWT Yang Maha Bijaksana bahkan ilmu itu digunapakai untuk kemudahan dan kesenangan di dunia agar kehidupan ini diberkati Allah untuk kita membawa bekalan di kehidupan selepas mati yang kekal abadi yakni di akhirat kelak.

Bila sesebuah Negara itu ditadbir dengan warna yang kurang menarik, maka politiknya juga tidak menarik. Disebabkan warna itu juga mempengaruhi politik. Maka, politik itu mula menjadi KOTOR sepertimana kotornya warna itu walaupun cantik di mata-mata manusia yang tegar mempertahankan kecantikkan itu walau hakikat warna itu sudahpun KOTOR. Bukankah kita sudah bincangkan di atas iaitu ilmu itu memudahkan manusia tetapi kini kenapa tidak sedemikian?

Apa yang jelas dan kekal adalah ‘ilmu’ itu memudahkan manusia. Ilmu itu juga datang dari Allah SWT yang Maha Bijaksana. Itu PASTI. Bagaimana ilmu itu menjadi KOTOR adalah berpunca dari manusia yang mengamalkan ilmu itu. Allah SWT menciptakan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk mentadbir alam agar seluruh makhluk di atas muka bumi ini sentiasa diberkati Allah. Pada masa yang sama,untuk menggalas tanggungjawab mentadbir alam ini, Allah SWT menguji setiap manusia ini dengan NAFSU dan pelbagai ujian agar iman manusia itu sentiasa kuat agar manusia itu benar-benar serius untuk mentadbir alam ini dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Dengan itu, ilmu politik yang dianggap KOTOR itu adalah berpunca dari manusia yang kalah dengan hawa nafsunya sendiri yang sentiasa mengejar dunia tanpa melihat akhirat dengan perasaan takut. Lantas, ditadbirnya Negara itu berlandaskan ikutan hawa nafsunya semata-mata. Rosak warna itu.

Cukup kita mengambil contoh atau model ilmu politik yang BERSIH yang diamalkan sewaktu pentadbiran kerajaan Madinah dimana Perdana Menterinya adalah Nabi kita yang disayangi Nabi Muhammad SAW, Negara diwarnai dengan begitu cantik bahkan tenang melihatnya. Warna itu tersebar meluas di seluruh dunia dengan hanya mengamalkan Ilmu Politik yang BERSIH, ilmu yang datang dari Allah SWT dan diamalkan oleh hati yang BERSIH nan suci sudah tentu output nya juga cukup gemilang!

Warna apa yang sedang mewarnai dan mendominasi Negara kalian waktu ini? Fikir-fikirkan..

Tuesday 23 April 2013

Barisan calon jual Pil Kuda, syaitan dan komunis!!!


Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa berusaha menyelamat partinya bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas. Ini kerana sebilangan calon ditangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. "Ada calon-calon pembangkang yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda, syaitan dan berideologi komunis. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini. Calon PKR yang Hadi Awang maksudkan adalah:

1. Badrul Hisham Shaharin (PKR) Sungai Acheh
2. Mohd Nasir Hashim (PKR) Kota Damansara
3. Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) Labuan
4. Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) Panti
5. Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)  Seberang Takir
6. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) Kota Putera
7. Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) Bukit Besi

Rakyat inginkan jawapannya daripada Hadi Awang, pencetus kepada isu yang pasti memalukan, bukan sahaja 7 calon PKR di atas tetapi seluruh calon PKR yang bertanding di negeri-negeri lain. Selagi Hadi Awang enggan menamakan individu-individu tersebut, rakyat sudah pasti tidak akan mengundi ketujuh-tujuh calon PKR di atas kerana rakyat tidak mahu wakil rakyat mereka seorang tukang jual pil kuda, syaitan dan berideologi komunis.

Dan janganlah pula melenting apabila risalah-risalah yang menyenaraikan 7 calon PKR itu dan akitiviti mereka menjual pil kuda, berideologi komunis dan komunis diedarkan di kawasan masing-masing. Jangan salahkan parti lawan tetapi salahkan sepenuhnya Hadi Awang PAS!

Yang hairannya, PAS beria-ia mahu ketepikan calon-calon PKR yang jual pil kuda, bagaiman pula dengan calon PKR yang nafsunya `kuda jantan atau betina? Bagaimana pula dengan pihak DAP yang 'langkah mayatku dulu' dan tidak mungkin akan menyokong negara Islam ciptaan PAS? Bagaimana pula dengan calon PKR yang menyokong murtad, LGBT dan tidak menjawab soalan orientasi seksual beliau?

Saturday 20 April 2013

Ada benda tertinggal di dubur Saiful...

HANGAT, pendedahan baru dari Yuktes.
Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim. Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar. Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II. Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.
Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.
Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.
Antaranya:
  1. Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.
  2. Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?
  3. Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?
  4. Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?
Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?. Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.
Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya. Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan. Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.
“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.
Mengenai Saiful, Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.`satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri. “Memang ada DNA Anwar dalam budur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya. Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.
Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang. APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.

Thursday 18 April 2013

5 Clown bekas Jeneral

Hairan dan pelik dengan tindakan 5 bekas Jeneral angkatan tentera (Jen Md Hashim, Lt Jen Ghaffir, Laksma Imran, Brig Jen Najmie termasuk yang tidak dibenarkan penggunaan pangkat Brig Jen - Abdul Hadi Khatab) yang kini bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang (PP). Jika penyertaan mereka dalam PP berasaskan kepada perkiraan politik bahawa PP akan menawan Putrajaya pasca PRU 13, ternyata mereka perlu membuat reappraisal of their estimate, PP tidak berupaya berbuat demikian sekaligus perkiraan 5 bekas Jeneral meleset....!!! Mungkin estimate mereka lebih didorong oleh emosi dan nafsu yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya sehingga rumusan keputusan estimate mereka juga jauh tersasar. Majoriti pemilih berdaftar yakin sepenuhnya bahawa BN kekal memerintah di peringkat Pusat malah situasi dan sentimen pengundi di Kedah, PPinang, Selangor dan Kelantan juga akan berubah dan turut bertukar tangan dengan berpihak kepada BN - pasca PRU 13 nanti, PP akan bercakaran sesama sendiri.....berpecah, terlerai dan terkuburlah mereka yang "gila kuasa". Dijangka bahawa pemimpin PP akan menolak keputusan rakyat kepada BN malah mereka dijangka meracau,berjiwa kacau, bercelaru dan penuh kekalutan. Mereka akan melemparkan tuduhan melulu dan tidak berasas tidak berkecuali fitnah terhadap kerajaan terutama SPR dan BN.  Lapisan warga ATM berasa amat kesal dengan tindakan 5 bekas Jeneral dan dilabelkan mereka (5 bekas Jeneral) sebagai insan yang tidak tahu mengenang budi, tidak tahu bersyukur dan tidak tahu mengenang budi kerajaan. Kumpulan 5 Jeneral ini......dulu semasa dalam perkhidmatan telah beroleh pelbagai pengiktirafan kerajaan, imbuhan dan inisiatif serta pelbagai keistimewaan lain yang dikecapi sejajar dengan kedudukan mereka ketika itu. Janganlah cuba menghancurkan ATM melalui fitnah terancang dan pembohongan melampau!!! Kembalilah ke pangkal jalan dengan mendokong aspirasi kerajaan pimpinan BN. Janganlah tergolong dalam kelompok anti-establishment. Hindarilah diri daripada meracuni minda warga tentera kerana sesungguhnya rata-rata warga ATM tidak terpengaruh dengan tindakan dan usaha anda. Janganlah "meludah ke langit" atau membuka pekung serta sanggup mempertaruhkan imej dan kredibiliti ATM demi kepentingan peribadi anda. Sebaliknya, imbaslah kembali jasa dan pengiktirafan kerajaan kepada anda sewaktu dalam perkhidmatan dulu. Jauhilah diri juga daripada menjadi kuda dan alat PP kerana PP bijak memerangkap anda untuk berbuat perkara kotor dan keji demi memenuhi impian seorang individu yang "gila dan tamak kuasa". Diharapkan agar semangat kental warga ATM terus terpelihara daripada "racun minda" yang dibawa oleh 5 bekas Jeneral berkaitan tidak terkecuali oleh bloggers bekas tentera yang pro-pembangkang!!! Janganlah ada di ant
ara warga ATM yang sanggup ditipu, diperbodoh dan diper"kuda"kan oleh 5 bekas Jeneral tersebut......!!!

Siapa tengok siapa!!!


Dulu dia saksikan bersama TGNA, tapi sekarang dia yang buat..

Monday 15 April 2013

Dikelirukan atau mengelirukan?


Para cybertroopers dan bloggers pembangkang sedang berusaha keras menafikan video seks rakaman aksi pemimpin di hotel sebagai satu fitnah oleh UMNO-BN walaupun tiada laporan polis dibuat, menyarankan siasatan dijalankan mahupun pihak mereka mengeluarkan satu analisis khas sepertimana Johari Abdul lakukan kepada Anwar ketika dulu!. Sekarang pemimpim yang didakwa memperjuangkan Islam pulak kantoi!

Tentang lelakinya pula, bentuk badan, gerak geri dan suaranya ada mirip-mirip Mustafa Ali. Tak pastilah sekiranya ada pelanduk dua serupa. Tiada juga penafian dibuat oleh tuan punya diri. Sebaliknya cybertroppers dan bloggers pembangkang mengatakan bahawa kedua-dua di dalam video tersebut adalah pasangan suami isteri. Kalau betullah `perempuan' itu benar-benar merupakan isteri yang sah kepada lelaki di dalam video tersebut kenapa:

1.  Hubungan seks dilakukan di hotel dan bukan di rumahnya atau perempauan tersebut? Memandangkan pada penghujung video tersebut ada dinyatakan wanita tersebut akan berpindah dari rumah yang disewa oleh wanita itu!.

2. Kalau suami isteri, kenapa apabila hendak melakukan hubungan kelamin kena tempah hotel dulu?

3. Kalau suami isteri, kenapa lepas berhubungan seks, kena urut satu badan? Sesuatu yang normalkah?


4. Sebagai ulama besar PAS yang berdakwah kepada DAP melalui tahalul siyasi, isterinya sendiri tidak didakwah dan  boleh pula berpakaian ketat, seluar ketat dan tidak bertudung?

5. Kalau suami isteri, kenapa perlu 'dibayar' selepas berhubungan kelamin dengan isteri?

6. Kenapa duit bayaran kepada wanita berkenaan diambil daripada sampul surat dan bukan dari dompet? Duit ceramah tin milo PAS kah?